Shell telah pun bertapak di Malaysia selama 127 tahun namun kewujudan produk tiruan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kepercayaan orang ramai terhadap jenama itu. Tahun lalu, Shell turut menjalankan pemeriksaan rawak terhadap produk Shell yang tulen dan ujian mendapati empat daripada 12 botol minyak dijual adalah produk tiruan. Menyedari permasalahan ini, Shell Malaysia Trading…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan aktiviti luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan bacaan IPU yang tidak sihat boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak terutamanya penghidap masalah pernafasan serta jantung. Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai yang terpaksa melakukan…
Pengeluar kereta premium, Volvo Car Malaysia, melancarkan Pusat 3S di Mutiara Damansara menerusi kerjasama Ingress Swede Automobile Sdn Bhd, sekaligus memperkukuhkan jenama itu di Malaysia. Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saiffudin Nasution yang turut disaksikan oleh badan pengurusan Ingress Corporation Berhad dan wakil dari Volvo…
Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal. Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi. Mohd Nasir Hamzah,…
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias akui pihaknya menyedari terdapat banyak kumpulan motosikal dan selebriti yang gemar memuat naik video yang memaparkan aktiviti pengubahsuaian motosikal jenis Yamaha Y15ZR. “Pihak kami akan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti yang cukup. “Mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang, tidak kira sama ada mereka…
Karnival Perodua, MYPerodua Nation 2019 bakal berlangsung di Setia City Oval Lawn, Setia Alam pada 20 hingga 22 September ini. Karnival tersebut yang diadakan setiap tahun sejak 2017, dijangka bakal menarik lebih 25,000 pengunjung. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menjanjikan minggu lebih menarik kali ini. “Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif…
Lexus Malaysia memperkenalkan Lexus ES 250 dan RX 300 di majlis pelancaran yang berlangsung di The International Gallery, KLGCC, hari ini. Ini merupakan penampilan kedua ES250 di Malaysia sejak dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2018. Lexus ES 250 Didatangkan dengan enjin 2.5L 4 silinder Dynamic Force, model ini menghasilkan 204 HP pada 6,600…
Pihak polis telah menahan seramai 13 kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 15 tahun di Kajang, kelmarin apabila didapati menunggang basikal dalam keadaan berbahaya. Kumpulan kanak-kanak tersebut – yang masing-masing menunggang sebuah basikal lajak – telah ditahan apabila didapati mengayuh menuruni bukit di sepanjang Jalan Impian Makmur. Aktiviti mereka telah disedari pihak berkuasa yang sedang menjalankan…
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli disahkan bakal membuat penampilan sulung di FIM Endurance World Championship (EWC) bersama SRT di Sepang 8 Hours. Berlangsung pada 13-15 Disember ini, Morbidelli bakal digandingkan dengan juara Suzuka 8 Hour, Michael van der Mark dan Hafizh Syahrin bakal bersaing menggunakan jentera Yamaha YZF-R1. Sepang 8 Hours bakal menyaksikan…