Yamaha telah pun melancarkan WR155R Monster Energy Edition untuk pasaran Indonesia. Bernadikan enjin 155cc yang sama terdapat pada Yamaha R15, Yamaha telah menala semula enjin WR155R ini dan hasilnya menawarkan 16.5hp pada 10,000rpm dan 14.3Nm @ 6,500rpm. Yamaha WR155R ini merupakan motosikal ‘dual-sport’ yang dipasarkan khas untuk penunggang baharu. Meskipun bersesaran 155cc namun WR155R ini…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Royal Enfield merupakan pengeluar motosikal terbaru untuk membuka kilang operasi dan pemasangan di Thailand selepas Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph Motorcycles dan Ducati. Kilang yang terletak di Chachoengsao, Bangkok itu bukan sahaja bakal memasarkan motosikal di Thailand sahaja malah merangkumi seluruh Asia Tenggara. Pembukaan kilang baharu itu juga menandakan usaha RE untuk terus melipat…
Yamaha telah menghasilkan YZF-R1 GYTR VR46 sebagai penghargaan khas kepada Valentino Rossi yang telah pun bersara dari MotoGP. Model khas itu didedahkan di EICMA 2021 yang sedang berlangsung di Milan, Itali , ketika ini. Sebagai penghargaan terhadap pencapaian Rossi – dengan sembilan kejuaraan dunia merangkumi kelas MotoGP, 250cc dan 125cc serta 115 kemenangan dan 235…
Italjet kembali mencuri tumpuan apabila mendedahkan Dragster 125 dan 200 pada 2019 sebagai model 2020. Skuter dengan gaya agresif dan ala ‘naked’ itu bingkas menarik perhatian ramai pihak sejak dipertontonkan kepada umum. Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi kekangan pada Italjet dalam memasarkan motosikal tersebut. Bagaimanapun, jenama itu kembali beri…
Yamaha Tenere 700 merupakan antara motosikal ‘adventure’ paling popular di serata Eropah namun dengan pesaing lain telah pun mula memperkenalkan model baharu, Tenere 700 sedia ada mula ketinggalan. Lantas bukan satu kejutan apabila Yamaha mendedahkan Tenere 700 Raid yang lengkap dengan spesifikasi lebih tinggi bagi mengetepikan pencabar lain. Lengkap dengan segala aksesori daripada Genuine Yamaha…
Pengeluar skuter Taiwan, Kymco memperkenalkan beberapa model baharu di EICMA namun paling mencuri tumpuan, Kymco AK550 ST. ST merujuk kepada ‘Sport Touring’ dan merupakan skuter ‘flagship’ Kymco bagi tahun 2022 menyertai AK550 standard sedia ada. Menurut Kymco, AK550 ST ini tampil dengan profil ‘touring’ yang lebih menonjol antaranya penghadang angin elektrik yang lebih tinggi dan…
Suzuki turut menggunakana EICMA 2021 sebagai platform mempersembahkan Katana baharu yang telah dikemas kini bagi tahun 2022. Antara yang telah dipertingkat adalah bahagian enjin yang kini mencapai standard Euro5. Kemas kini tersebut turut menyaksikan Suzuki Katana 2022 menawarkan 150hp naik 3hp berbanding generasi sebelumnya. Antara pembaharuan dilakukan terhadap motosikal naked tersebut adalah bahagian intake dan…
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Kawasaki akhirnya mengemaskini Versys 650 untuk tahun 2022. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar. Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama. Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas…
Benelli turut membuka tirai EICMA 2021 dengan memperkenalkan TRK 800 serba baharu. Menurut jenama motosikal Itali-China itu, TRK 800 direka di Benelli Style Centre dan dibangunkan di House of Leoncino yang terletak di Pesaro, Itali. Menariknya, TRK 800 ini juga dilancarkan ketika jenama itu meraikan ulang tahun ke-110 sekaligus menandakan lembaran baharu syarikat itu. TRK…