Yamaha Dedah Prototaip Tenere 700 Raid Di EICMA

Yamaha Tenere 700 merupakan antara motosikal ‘adventure’ paling popular di serata Eropah namun dengan pesaing lain telah pun mula memperkenalkan model baharu, Tenere 700 sedia ada mula ketinggalan.

Lantas bukan satu kejutan apabila Yamaha mendedahkan Tenere 700 Raid yang lengkap dengan spesifikasi lebih tinggi bagi mengetepikan pencabar lain.

Lengkap dengan segala aksesori daripada Genuine Yamaha Technology Racing (GYTR), jentera prototaip itu sedikit sebanyak memberi bayangan terhadap model ‘production’ yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Berikut antara spesifikasi yang terdapat pada prototaip Tenere 700 Raid:

  • ekzos titanium Akrapovic
  • ECU GYTR
  • kotak dan penapis udara berprestasi tinggi
  • sproket 48
  • radiator yang lebih besar
  • penutup pam air baharu
  • klac heavy duty Rekluse
  • lever klac baharu

Yamaha Tenere 700 Raid ini juga tampil dengan fork depan jenis ‘long travel’ 48mm dengan jarak perjalanan 270mm serta penyerap hentakan belakang dengan jarak perjalanan 260mm.

Sistem membrek juga dinaik taraf dengan cakera brek tunggal di bahagian depan 300m yang dipadankan bersama cakera brek ‘racing’. Cakera brek belakang juga diperbesar kepada 267mm.

Buat masa ini tidak dapat disahkan bilakah Yamaha bakal memperkenalkan versi siap sepenuhnya namun prototaip ini sedikit sebanyak membayangkan model sebenar akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.