KYMCO Lancar AK550 Versi Sport Touring – Dengan Cruise Control, 51HP

Pengeluar skuter Taiwan, Kymco memperkenalkan beberapa model baharu di EICMA namun paling mencuri tumpuan, Kymco AK550 ST.

ST merujuk kepada ‘Sport Touring’ dan merupakan skuter ‘flagship’ Kymco bagi tahun 2022 menyertai AK550 standard sedia ada.

Menurut Kymco, AK550 ST ini tampil dengan profil ‘touring’ yang lebih menonjol antaranya penghadang angin elektrik yang lebih tinggi dan mudah diselarasakan dengan penggunaan butang di handlebar.

Bagaimanapun, AK550 ST ini masih lagi dikuasakan enjin ‘twin-cylinder’ 550cc 8-injap yang berkeupayaan menghasilkan 51hp dan mampu merekodkan kelajuan maksima 160km/j.

Menariknya, Kymco telah memperkemaskan transmisi bagi menjaminkan tunggangan yang lebih lancar dan mengurangkan bunyi sekaligus memastikan pengalaman ‘touring’ yang lebih baik.

Sistem pecutan pula dikendalikan Electronic Throttle System (ETS) (atau ride-by-wire), yang kini berfungsi mengawal traction control yang pertama kali diperkenalkan pada AK550 ini.

Bagi melengkapkan fungsi sebagai skuter ‘Sport Touring’, AK550 ST ini juga menawarkan fungsi Cruise Control.

Sementara itu, AK550 ST ini juga datang dengan dua paparan LCD digital serta TFT di bahagian tengah yang menampilkan sistem navigasi khas Kymco Noodoe yang boleh disambung kepada telefon pintar.

Lebih menarik, AK550 ST ini juga datang dengan fungsi ‘heated grip’ secara standard sekaligus memudahkan tunggangan dalam apa jua cuaca terutamanya waktu hujan dan sejuk.

Menurut Kymco, AK550 ST ini akan dipasarkan antara suku pertama dan kedua 2022.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.