Arai telah melancarkan satu helmet edisi khas untuk meraikan ulangtahun ke-30 pengeluaran Honda NSR KV3. Honda NSR KV3 atau NSR250 merupakan satu motosikal dari siri 2-lejang yang telah dilancarkan bermula 12 September 1986.
Category: 250cc
Setelah kita melihat rekaan paten mengenai 2017 Suzuki GSX-R250, pereka grafik dari Indonesia di blognya Motoblast.org telah mewarnakan rekaan tersebut dengan warna moden Suzuki yang hampir dengan grafik dari 2017 Suzuki GSX-R1000. Menarik sungguh, bukan? Sumber: motoblast.org
Satu set gambar telah terlihat di Australia yang menunjukkan rekaan asas profil motosikal yang dikatakan Suzuki GSX-R250 yang berkemungkinan untuk pasaran 2017. Rekaan asas ini terlihat dalam satu fail paten di Australia.
Kawasaki Heavy Industries (KHI) Japan, memperkenalkan versi 2017 untuk model Ninja 250. Tiga varian grafik telah dipersembahkan sekali iaitu varian Ninja 250 non-ABS, Ninja 250 ABS Special Edition dalam warna merah dan Ninja 250 ABS Kawasaki Racing Team (KRT) Edition. Dua warna untuk model Ninja 250 diperkenalkan iaitu warna biru dan hitam. Grafik pada model…
Nampaknya jentera dwi fungsi ini, KLX 250, menerima nasib yang sama seperti W800, ZRX1200 dan juga DTrackerX dimana jentera ini bakal dihentikan pengeluarannya. Ini dapat dilihat dengan pengenalan Kawasaki KLX250 Final Edition yang mana diubah grafik dan warnanya sebagai penghormatan terakhir kepada model yang akan dihentikan pengeluarannya.
Motosikal 250cc dengan 2-silinder yang ditunggu-tunggu dari Honda, CBR250RR, kini hadir ke Indonesia sebagai kemunculan pertama dunia (world premiere). Melihat kepada ciri-ciri yang dilengkapkan kepada CBR250RR, nampaknya Honda seperti ingin membuktikan bahawa mereka boleh berlebih-lebih dalam menghasilkan satu jentera yang menarik dan berkuasa.
Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini memperkenalkan warna baharu untuk model TnT25 iaitu warna Hitam. Sebelum ini, Benelli TnT 25 dua warna ditawarkan iaitu Merah dan Hijau. Pengenalan warna hitam ini menjadikan dua warna pilihan untuk barisan TnT25 dengan warna hijau telah digugurkan. Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan…
PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran…
KEMASKINI: Yamaha akan melancarkan model skuter pada 22 Julai ini, bukan X-Max 250 tetapi Ego Avantis 125cc berasaskan model Mio Soul GT Yamaha Events Malaysia dalam laman Facebooknya menunjukkan sebuah skuter bersaiz sederhana iaitu Yamaha X-Max 250. Besar kemungkinan ini adalah salah satu klu (hint) bahawa X-Max 250 ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa…