Ura-ura: 2016 Yamaha X-Max 250 akan datang ke Malaysia?  KEMASKINI: Tidak

fb_img_1467934681985.jpg

KEMASKINI: Yamaha akan melancarkan model skuter pada 22 Julai ini, bukan X-Max 250 tetapi Ego Avantis 125cc berasaskan model Mio Soul GT

Yamaha Events Malaysia dalam laman Facebooknya menunjukkan sebuah skuter bersaiz sederhana iaitu Yamaha X-Max 250. Besar kemungkinan ini adalah salah satu klu (hint) bahawa X-Max 250 ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Yamaha X-Max 250 adalah skuter sederhana yang kecil sedikit berbanding abangnya iaitu T-Max 530. Jika X-Max diperkenalkan di Malaysia, Hong Leong Yamaha (HLYM)  akan mempunyai 4 jenis skuter dalam barisannya iaitu Ego S (115cc), Ego LC (125cc), NMax (155cc) dan X-Max (250cc). Ini akan memberi pilihan kepada pengguna dalam kategori yang berbeza samada skuter asas hinggalah skuter sederhana.

Penggunaan skuter berkapasiti 250cc adalah bertepatan dengan gaya hidup dan gaya kerja rakyat Malaysia. Ramai yang memilih untuk menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pada masa yang sama menjimatkan kos petrol. Saya sendiri mempunyai rakan yang menggunakan SYM VTS 200 untuk ulang alik ke tempat kerja yang dalam 40km sehala. Kelebihan skuter ini adalah gaya tunggangan yang sangat santai dan kuasa enjin yang besar memberi kelebihan dari segi pikap untuk situasi perjalanan henti-henti (stop-go situation).

Lampu hadapan X-Max 250 berkembar dengan penghadang angin yang tinggi memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang.

Lampu belakang pula sangat seksi ooo… Tapi ada kemungkinan akan menerima lampu isyarat capang.

Panel meter mewah dengan paparan LCD beekembar untuk fokus maksimum pada data untuk perjalanan penggunanya.

Yamaha X-Max 250 dilengkapi dengan enjin 249cc SOHC 4-lejang 1-silinder yang mampu menghasilkan 15kW (20.11hp) @7,500RPM dengan daya kilas 21Nm @6,000RPM.

Peratus keyakinan kami terhadap ura-ura ini adalah 15%.

Engine

 

Engine type

Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC

Displacement

249cc

Bore x stroke

69.0 mm x 66.8 mm

Compression ratio

10 : 1

Maximum power

15 kW (20.11hp)@ 7,500 rpm

Maximum Torque

21 Nm @ 6,000 rpm

Lubrication system

Wet sump

Fuel system

Electronic Fuel Injection

Ignition system

TCI

Starter system

Electric

Transmission system

V-Belt Automatic

Chassis

 

Front suspension system

Telescopic fork

Front travel

110 mm

Rear suspension system

Unit Swing

Rear Travel

84 mm

Front brake

Single Disc, Ø 267 mm

Rear brake

Single Disc, Ø 240 mm / Ø 245 mm (ABS)

Front tyre

120/70-15

Rear tyre

140/70-14

Dimensions

 

Overall length

2,160 mm

Overall width

790 mm

Overall height

1,385 mm

Seat height

785 mm

Wheelbase

1,545 mm

Minimum ground clearance

125 mm

Wet Weight

178 kg /ABS182 kg

Fuel tank capacity

13.2 litres

46 Replies to “Ura-ura: 2016 Yamaha X-Max 250 akan datang ke Malaysia?  KEMASKINI: Tidak”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.