Hong Leong Yamaha Malaysia mengemaskini jentera 115cc mereka dengan warna dan grafik baru. Terdapat 3 warna baru iaitu Merah, Biru dan Hitam. Spesifikasi jentera tidak berubah.
Author: eddy
Boon Siew Honda (BSH) mengemaskini jentera MSX125 yang genit untuk menarik minat lebih ramai pengguna. Kali ini, BSH mempertaruhkan warna yang segar termasuk warna merah jambu ini yang sangat sesuai dipadankan dengan tudung dari Instagram (untuk perempuan la ye).
Demak turut memperkenalkan 3 kenderaan yang sesuai sebagai kenderaan utiliti kerana mempunyai lebih daripada 2 tayar. Kenderaan ini sesuai untuk peniaga kecil, perkhidmatan penghantaran dan juga mungkin perkhidmatan pembaikan bergerak.
Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan warna baharu. Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa 37KW pada 8,500 rpm…
Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR250R (bukan CBR250RR ya!) Baharu hari ini. CBR250R terbaru dalam tahun 2017 ini mengabungkan semua kualiti jentera 250CC siri CBR seperti prestasi tinggi, dinamik pengendalian intuitif dan mudah terkawal. CBR250R Baharu ini amat sesuai bagi sesiapa, dari penampilan santai ke bergaya, yang ingin menjimatkan masa dan wang. Penunggang pasti akan…
Yamaha Motor Indonesia memperkenalkan model serba baru Vixion untuk 2017 dengan beberapa peningkatan yang tiada pada model sebelum ini. Yamaha Vixion juga dikenali sebagai FZ150i di Malaysia. Salah satu penambahbaikan yang telah dibuat adalah dengan penggunaan sistem klac yang baru. Jentera 150cc Vixion ini menerima sistem klac baharu dengan fungsi Bantu & Gelincir (Assist &…
Marc Marquez kembali menunjukkan taringnya dengan memenangi perlumbaan di Texas, Amerika. Setakat ini, Marquez telah memenangi 5 kedudukan pertama kelayakan dan 5 kali kemenangan juga di sini. Vinales yang dikatakan bakal mencabar Marquez, terbabas pada Selekoh 18 dengan baki 20 pusingan.
Bridgestone Corporation kini mengumumkan kepada dunia bahawa mereka telah menghasilkan tayar basikal generasi hadapan sebagai satu usaha untuk memajukan teknologi ‘Air Free Concept‘ iaitu teknologi tayar tanpa angin. Ini akan membolehkan pihak Bridgestone untuk mengkaji penggunaan tayar ini dalam keadaan sebenar dan akhirnya diharapkan tayar ini dapat menemui pengguna pada 2019 nanti.
Saingan penuh dramatik dalam saingan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila kemenangan Anthony West dibatalkan sekaligus menyaksikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman meraih kemenangan berganda pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand. Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) yang memenangi Perlumbaan 1, semalambersaing sengit bersama pelumba Yamaha…