2017 Honda CBR500R (Std: RM31,681.28) dan CB500F (Std: RM31,363.28) kemaskini di Malaysia

2017 Honda CBR500R – Lemon Ice Yellow

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan warna baharu. Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7000 rpm.

2017 Honda CBR500R – Millenium Red

Kapasiti tangki petrol juga telah dipertingkatkan ke 16.7 liter dalam model 2016. CBR500R dan CB500F dilengkapi dengan pengunaan LED pada kedua-dua lampu hadapan dan lampu belakang termasuk bentuk baru yang lebih bergaya. Ciri keselamatan bagi model ini juga telah dipertingkatkan dengan dilengkapi system kunci “wave key”.

2017 Honda CBR500R – Matt Black

Siri model Honda 500 terbaru kelihatan lebih agresif dengan ciri-ciri lain seperti penyerap hentakan depan boleh laras, brek hadapan boleh laras dengan 5 titik penyelarasan, dan peredam ekzos berbentuk sporti. Siri Honda 500 ini adalah contoh kepada produk Honda yang di reka dengan inovasi yang menawarkan prestasi yang kuat dan ketahanan yang boleh dipercayai. Mesin ‘mid range’ dilengkapi khas dengan ciri-ciri unik pada harga yang berpatutan.

2017 Honda CB500F – Matt Black

2017 Honda CB500F – Millenium Red

2017  Honda CB500F – Lemon Ice Yellow

Kini, pengguna mempunyai pilihan untuk memilih antara keseronokan memecut, dan juga keupayaan untuk kegunaan harian bagi siri Honda 500 ini. CBR500R dan CB500F Baharu boleh didapati di Honda Impian Honda Shop mulai 23rd Mei 2017 dan kini ditawar dengan tiga warna: Kuning (Lemon Ice Yellow) – Baharu, Merah (Millennium Red) dan Hitam (Matt Gunpowder Black).

Model
Std
ABS
CBR500R
RM 31,681.28
RM 35,179.28
CB500F
RM 31,363.28
RM 34,861.28

Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) 

Sumber: Siaran Media Rasmi dari BSH


Leave a Reply