Kawasaki Japan telah mempersembahkan model ZRX1200 DAEG Final Edition dengan perubahan pada grafik dan warnanya untuk melabuhkan tirai terhadap pengeluaran model ini yang telah berada di pasaran Jepun lebih kurang 7 tahun sejak dari 2009. Mengekalkan rekaan klasik tetapi dilengkapi dengan enjin moden 1,164cc berpenyejukan cecair DOHC dan 4-injap yang mampu menjana 110PS @ 8,000RPM…
Author: eddy
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd kini membawakan jentera kembara KTM 1290 Super Duke GT yang berkuasa tinggi dengan enjin 1,301cc 2-silinder 4-lejang dengan konfigurasi V pada 75-darjah. Kuasa maksimum yang mampu dilepaskan oleh enjin ini adalah 173hp (127kW) @ 9,500RPM beserta dengan daya kilas 144Nm @ 6,750RPM.
Motosikal 250cc dengan 2-silinder yang ditunggu-tunggu dari Honda, CBR250RR, kini hadir ke Indonesia sebagai kemunculan pertama dunia (world premiere). Melihat kepada ciri-ciri yang dilengkapkan kepada CBR250RR, nampaknya Honda seperti ingin membuktikan bahawa mereka boleh berlebih-lebih dalam menghasilkan satu jentera yang menarik dan berkuasa.
Yamaha Y15ZR kini hadir dengan warna kombinasi ungu dan kelabu untuk menyegarkan lagi pilihan yang ada kepada barisan popularnya. Warna ungu dan kelabu (HLYM hanya memanggilnya kelabu) ini menggantikan warna hitam sedia ada dipasaran, menunjukkan bahawa tiada warna hitam ditawarkan lagi sehingga akhir tahun ini. Pilihan warna yang ada adalah Kelabu, Merah dan Biru.
Boon Siew Honda, peminat dan orang kampung serta orang ramai hadir ke KLIA semalam untuk menyambut kepulangan Juara Moto3 di Sachsenring, Germany. Khairul Idham Pawi nampak gembira dengan sambutan ini dan kepulangan trofi juara Moto3 itu cukup membanggakan. Tahniah SUPERKIP!
Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Hadir dalam Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas…
Sekilas pandang teaser yang dimuatkan oleh Yamaha Events Malaysia sudah cukup untuk mengesahkan bahawa model skuter Yamaha yang akan diperkenalkan pada 22 Julai ini adalah berasaskan model Yamaha Mio Soul GT yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini. Rekaan Mio Soul GT ini adalah sangat menarik dan sangat sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Kuasa…
Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini memperkenalkan warna baharu untuk model TnT25 iaitu warna Hitam. Sebelum ini, Benelli TnT 25 dua warna ditawarkan iaitu Merah dan Hijau. Pengenalan warna hitam ini menjadikan dua warna pilihan untuk barisan TnT25 dengan warna hijau telah digugurkan. Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan…
Raja Litar Basah – ini adalah satu gelaran yang patut diberikan kepada Khairul Idham Pawi (KIP). Semasa menyaksikan perlumbaan ini di kaca TV, saya banyak kali mendengar pengulas berkata mengenai KIP yang sangat mahir dalam litar basah. Mereka berkata “apabila hari hujan dan perlumbaan dalam keadaan basah, kita akan terfikirkan KIP”. Ini menunjukkan ramai telah…