2016 Yamaha Ego Avantiz dilancarkan di Malaysia – 125cc FI RM 5,717.64 (asas termasuk GST)

Advertisements

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-color

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan  sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Hadir dalam Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Memandangkan ini adalah model automatik, maka daya tersebut dihantar ke tayar menerusi sistem automatik talisawat V

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-003

Sistem suntikan bahanapi dengan teknologi Blue Core juga ada pada model ini dan membolehkan Yamaha Ego Avantiz lebih jimat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator. Sistem Blue Core memfokuskan kepada kecekapan pembakaran, pengurangan tenaga yang hilang dan penghantaran bahanapi yang tepat dengan pemasaan suntikan¹.

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-004

Ciri-ciri yang ada pada Yamaha Ego Avantiz ini sangat menarik dengan tayar belakang yang lebar daripada biasa (100/70 – 14). Lampu depan LED dan ruang isian yang luas dibawah tempat duduk yang boleh memuatkan 14L atau sebiji helmet.

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-005

Lampu isyarat belakang seperti yang dijangkakan sememangnya hadir dengan terpisah (capang) untuk menepati peraturan UNECE.

Galeri 2016 Yamaha Ego Avantiz

This slideshow requires JavaScript.

Harga 2016 Yamaha Ego Avantiz adalah RM 5,717.64 (asas termasuk GST). Terdapat 3 pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah.

Ada di pasaran di penghujung Ogos 2016.

This slideshow requires JavaScript.

SPESIFIKASI YAMAHA EGO AVANTIZ 125cc SPECS

ENJIN

Kapasiti : 125cc
Jenis : Air cooled 4-stroke, SOHC
Silinder : 1 cylinder
Diameter x Langkah : 52.4 mm x 57.9 mm
Nisbah Mampatan : 9.5 : 1
Kuasa Kuda Maksimum : 7.0 kW / 8000rpm
Daya Kilas Maksimum : 9.6 Nm / 5500rpm
Sistem penghidup : Electric & Kick starter
Sistem Pelinciran : Basah
Kapasiti Minyak : Total = 0.84 L ; Berkala = 0.80 L
Ganti Filter = 0.80 L
Sistem Bahanapi : Fuel Injection
Klac : Kering, Centrifugal automatic
Transmisi : V-belt automatic

DIMENSI

P X L X T : 1870mm X 685mm X 1070mm
Jarak Roda : 1260mm
Jarak Terendah Ke Tanah : 135mm
Tinggi Tempat Duduk : 760mm
Berat : 96kg
Kapasiti Tangki Minyak : 4.2L

ELEKTRIK

Sistem Pengapian : TCI
Battery : YTZ4V / GTZ4V
Tipe Busi : NGK/CR6HSA

RANGKA

Jenis Rangka : Underbone
Suspensi Depan : Teleskopik
Suspensi Belakang : Unit Swing
Tayar Depan : 80/80-14M/C 43P
Tayar Belakang : 100/70- 14M/C 51P
Brek Depan : Single disc brake
Brek Belakang : Drum brake

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.