Adakah Ini Motosikal Ducati Multistrada 1260 Tahun 2018 Terpantas Dunia?

Ducati mungkin sekali telah mencipta motosikal Pikes Peak Ducati Multistrada 1260 2018 terpantas di dunia. Kedua-dua buah motosikal akan bertanding pada ‘Pikes Peak International Hill Climb 2018’ pada bulan hadapan. Beberapa buah pengubahsuaian telah dilakukan, termasuklah roda magnesium OZ Racing, ekzos buatan khas Termignoni, suspensi khas Öhlins, dan bermacam-macam lagi.

VCM Umumkan Harga GST 0% Bagi Kereta Volvo Di Malaysia

Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan senarai harga bagi kereta Volvo di Malaysia dengan kadar GST 0%. Pengumuman ini bersempena dengan arahan penetapan kadar GST pada 0% oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan mula dikuatkuasa pada tarikh 1 Jun 2018. Bukan sekadar harga kereta sahaja yang telah ditetapkan pada GST 0%, harga bagi perkhidmatan penyelenggaraan…

Mari Kita Belek Motosikal Buatan Khas Suntikan Nitrus Yamaha Yard Built XSR700

Sebuah motosikal buatan khas suntikan nitrus, Yamaha Yard Built XSR700 telah dibina oleh Brice Hennebert dan Workhorse Speed Shop. Motosikal yang dikhususkan sepenuhnya itu telah dibina untuk bertanding di acara perlumbaan drag ‘Sultans of Sprint’ baru-baru ini. Beberapa buah kelengkapan berprestasi tinggi telah dilengkapkan pada motosikal buatan khas ini termasuklah satu sistem NOS.

MotoGP Perancis 2018: Marc Marquez Memenangi Perlumbaan di Perancis; Rossi Memanjat Semula Tangga Podium!

Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan MotoGP ketiganya pada musim ini sewaktu Pusingan MotoGP Perancis 2018 semalam. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) mendapat tempat ke-dua sebagai penunggang Ducati terpantas. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kembali semula ke atas podium walaupun bergelut dengan masalah pengendalian dan cengkaman.