Author: Zarul Faiz
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal BMW R 1200 GS menggunakan suspensi hadapan ‘BMW Telelever’. Sistem ini mengasngkan daya suspensi dari daya stereng. Dengan berbuat begitu, ia memberikan pemanduan arah dan keselesaan yang hebat.
SYM Malaysia telah melancarkan motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 dilengkapi dengan kemasan grafik baharu. Skema grafik baharu itu disediakan dalam tiga warna berbeza; Merah, Biru, dan Kuning. Motosikal Sym Sport Rider 125i 2018 ini telah ditetapkan pada harga RM5,542.20 (harga asas dengan 0% GST).
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer kelas pertengahan, BMW Concept 9Cento. Motosikal Concept 9Cento ini secara asasnya adalah gabungan antara rupa bentuk S 1000 XR dengan enjin F 850 GS. BMW Motorrad sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer yang baharu dalam rangkaian mereka pada masa yang akan datang.
TOC Automotive College baru sahaja menandatangani perjanjian dengan Malaysia Speed Festival. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk menjayakan kursus pembelajaran “MSF Motor Racing”. Para pelajar akan belajar mengenai pengurusan perlumbaan dan aspek teknikal dalam kursus 2- minggu ini.
Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community, atau juga dikenali sebagai ‘Streetfighterholic’ telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa yang ringkas dan meriah semalam. Diadakan di The Gasket Alley PJ di hadapan TIGA Supply Company, lebih kurang 40 orang pemilik Ducati Streetfighter berhimpun bagi menikmati majlis berbuka puasa yang santai. Mereka berjaya mengumpul sejumlah derma tunai untuk dihulurkan…