Wakil Pengedar Haval Baharu Dibuka Di Skudai, Umumkan Promosi Raya 0% GST

Go Auto Sales Sdn. Bhd., pengedar eksklusif bagi jenama Haval SUV di Malaysia, bersama dengan wakil pengedar rasmi, Ang Trading and Motor Credit Sdn. Bhd., baru-baru ini telah melancarkan bilik pameran rasmi terbaru HAVAL Malaysia di Skudai, Johor Bahru, Johor. Wakil pengedar sah ini terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru, dan bakal menyediakan perkhidmatan untuk para pemilik HAVAL di sekitar kawasan Skudai dan Johor Bahru.

Berucap sewaktu pelancaran rasmi wakil pengedar tersebut, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Go Auto Group, berkata, “Dengan sukacitanya kami mengalukan dan mengucapkan tahniah kepada Ang Trading and Motor Credit yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga HAVAL yang semakin pesat berkembang dan mendoakan kejayaan mereka dalam perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Haval Malaysia secara berterusan telah mencapai matlamat utamanya untuk senantiasa memperbaiki kualiti dan meningkatkan kepuasan pengguna.”

“Wakil pengedar terbaru ini menjadikan 7 wakil pengedar di Selatan Malaysia dengan empat daripadanya di Johor – secara keseluruhannya Haval Malaysia mempunyai 24 wakil pengedar di seluruh negara. Kedua-dua model semasa kami telah diiktiraf EEV (Kenderaan Cekap Tenaga), yang mana model H1 datang dengan waranti pengilang tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had manakala model H2 datang dengan waranti lima tahun atau 150,000km, yang mana dahulu,” tambah Dato’ Azli.

Selain itu, dengan pengumuman baru ini yang telah dibuat pada 16 Mei lalu berkenaan GST yang akan ditetapkan pada kadar sifar bermula dari 1 Jun 2018, Go Auto telah mengumumkan promosi “NOW or NEVER Celebrating Raya witn Zero GST“. Promosi ini akan berlangsung dari sekarang hingga 30 Jun 2018, dan akan menawarkan kepada pemilik HAVAL baharu dan sedia ada dengan penjimatan sehingga RM9,500 yang mana juga termasuk rebat sehingga RM3,000, ‘duit raya’ sehingga RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300 di samping GST sifar.

Selain daripada promosi ini, Haval merancang untuk mengadakan jelajah seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen “Reimagine Campaign” yang akan menjelajah Utara, Selatan, Pantai Timur, dan Sabah dan Sarawak, yang akan diumumkan pada masa yang akan datang.

“Seiring dengan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan baru-baru ini, kadar sifar GST ini akan memberikan peluang kepada Go Auto untuk memberi tambah nilai pada promosi semasa, dan kami semestinya berasa teruja dengan tawaran terbaru ini, lebih-lebih lagi dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba – kami berharap dapat terus menyediakan kepada para pelanggan satu peluang untuk memiliki SUV pada harga yang kompetitif dan pada masa yang sama, menyambut Hari Raya dengan SUV baru,” ujar Dato’ Azli.

Haval Malaysia Umumkan Tawaran Istimewa Ramadhan 2018!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.