GIVI Malaysia telah melancarkan laman blog dan Komuniti GIVISTA. Blog ini akan menampilkan pelbagai produk, aktiviti gaya hidup, dan juga trivia. Komuniti GIVISTA akan memberikan sorotan kepada aktiviti para pengguna GIVI.
Author: Zarul Faiz
BMW Motorrad akan kembali ke siri perlumbaan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019. Pengeluar tersebut akan mempertaruhkan jentera BMW S 1000 RR 2019. Tom Sykes dan Markus Reiterberger dinamakan sebagai penunggang pasukan.
Motosikal Honda CBR650R 2019 telah membuat kemunculannya sewaktu acara EICMA 2018. Honda telah melucutkan designasi “F”-nya dan menjadikan motosikal ini lebih agresif. Kami harap yang Honda dapat mengekalkan harga motosikal baharu ini seperti model CBR650F.
Romano Fenati akan bertanding pada tahun 2019 dalam kategori Moto3. Pasukannya sebelum ini, Marinelli Snipers Team telah menandatangani kontrak bersamanya semula. Fenati telah menimbulkan kekecohan apabila dia telah mencengkam tuil brek hadapan pesaingnya sewaktu pusingan MotoGP San Marino 2018.
Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.
Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019. Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England. Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
TuneBoss telah memperkenalkan produk-produk baharu mereka sewaktu acara MotoGP Malaysia 2018. Produk-produk ini akan meningkatkan potensi prestasi mana-mana motosikal standard. Antara produk-produk ini adalah ECU, quickshifter, pam air elektronik, penyuntik bahanapi, dan pam bahanapi.
Pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun ini di Sepang telah diangkat ke satu tahap baharu atas jasa Shell Malaysia. Kesuluruhan B Hillstand telah diambil alih dan ditukar menjadi Shell Hillstand di mana para peminat boleh menikmati perlumbaan dan pelbagai aktiviti lain. Mereka juga turut menganjurkan Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru di mana ratusan penunggang motosikal…
Model Ducati Multistrada 950 S 2019 dan Ducati Multistrada 950 2019 telah dilancarkan di EICMA 2018. Kedua-dua buah model ini telah dikemaskini dengan perincian baharu, di mana model “S” dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Motosikal 950 S merapatkan jurang dengan model Multistrada 1260.