Motosikal TMC Dumont telah dibina menggunakan sebuah enjin kapal terbang Rolls-Royce. Ia dilengkapi dengan roda tanpa hab 36 inci. Motosikal ini telah memenangi anugerah “Best of Show di “77th Daytona Bike Week”.
Author: Zarul Faiz
Kami telah menyenaraikan satu panduan ringkas mengenal pasti simptom suspensi. Panduan mengenal pasti masalah lebih mudah diingati dan digunakan. Kami akhiri siri ini dengan redaman pemampatan.
JPJ telah menyenarai hitam dan mengeluarkan waran tangkap untuk 39,311 pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman AWAS mereka. 98,850 saman telah dikeluarkan sejak pemasangan 45 kamera AWAS pada bulan September 2018. Pesalah trafik mempunyai 60 hari untuk melunaskan saman mereka atau mereka akan diheret ke mahkamah.
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal lumba ringan Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Ia menampilkan penggayaan dan panel badan baharu, diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1. Motosikal 2019 ini tidak berubah dari segi mekanikal, kecuali untuk fork terbaliknya.
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal sport-tourer Yamaha Tracer 900 GT 2019 pada hari ini. Ianya merupakan sebuah evolusi bagi model MT-09/Tracer 900 ‘standard’ dan tampil dengan pelbagai olahan semula. ‘GT’ pada namanya itu melambangkan semangat ‘Gran Turismo’ sebuah motosikal tourer berprestasi tinggi, yang akan membawa penunggangnya merentasi jarak yang jauh dengan pantas dan…
Chevron Malaysia Limited (Caltex) telah melancarkan pembersih aditif sistem bahanapi “Techron Concentrate Plus for Motorcycles”. Semua sistem bahanapi kenderaan bermotor perlu dibersihkan dari masa ke semasa bagi mengelakkan terkumpulnya deposit yang boleh merosakkan. Sebuah botol 75ml ini berharga RM9.90 sahaja dan boleh didapati di stesen minyak Caltex.
SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia. SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.
Dorna akan membersarakan nombor 69 dari perlumbaan Grand Prix sebagai penghormatan buat mendiang Nicky Hayden. Ia akan berkuatkuasa bermula dari pusingan MotGP Amerika Syarikat di Austin, Texas. Hayden meninggal dunia pada tahun 2017 setelah dilanggar sebuah kereta sewaktu menunggang basikal di Itali.
Motosikal Ducati Panigale V4 telah dinamakan motosikal lumba terlaris dunia pada tahun 2018. 6,100 unit telah dijual daripada keseluruhan 9,700 unit Panigale. Bagaimana pun, jualan keseluruhan Ducati telah jatuh sebanyak 5% akibat kemerosotan pasaran Amerika Syarikat.