Bersihkan Sistem Bahanapi Anda Dengan Techron Concentrate Plus for Motorcycles

  • Chevron Malaysia Limited (Caltex) telah melancarkan pembersih aditif sistem bahanapi “Techron Concentrate Plus for Motorcycles”.
  • Semua sistem bahanapi kenderaan bermotor perlu dibersihkan dari masa ke semasa bagi mengelakkan terkumpulnya deposit yang boleh merosakkan.
  • Sebuah botol 75ml ini berharga RM9.90 sahaja dan boleh didapati di stesen minyak Caltex.

Anda kini boleh membersihkan sistem bahanapi anda dengan berkesan menggunakan “Techron Concentrate Plus for Motorcycles”.

Kami telah menyatakannya berbilang kali sebelum ini, petrol akan meninggalkan sisa dalam masa panjang. Di mana petrol ini bersifat menghakis pada kulit kita atau bahan-bahan lain, tahap kemeruapannya akan berkurang dari masa ke semasa. Ia akan meninggalkan sisa yang kelihatan seperti varnis likat kekuningan dalam sistem bahanapi anda apabila ianya berlaku.

Karburetor yang kotor dengan sisa deposit. Kekotoran ini juga boleh berlaku dalam sistem suntikan bahanapi

Anda boleh melakukan eksperimen untuk melihatnya sendiri. Isi bekas yang jelas dengan sedikit petrol. Selepas beberapa hari, tuang petrol berkenaan dan anda akan dapat melihat sisa yang kekuningan yang melekat pada bekas berkenaan. Jadi, semua sistem bahanapi perlu dibersihkan dari masa ke semasa.

Ini adalah dua buah testimoni setelah menggunakan produk ini:

Penulis

Motosikal penulis telah mengalami masalah untuk dihidupkan hanya tiga bulan selepas menggantikan pam bahanapi. Satu hari, penulis telah menemui “Techron Concentrate Plus for Motorcycles” yang diperagakan di tingkap juruwang sebuah stesen minyak Caltex. Penulis pernah menggunakan “Techron Concentrate” beberapa tahun yang lalu namun kali ini ianya adalah untuk motosikal dan datang dalam pek yang lebih kecil.

Penulis kemudiannya telah menuang isi botol tersebut ke dalam tangki bahanapi motosikal dan masalah sukar untuk dihidupkan telah hilang kurang daripada 100 kilometer kemudian. Masalah ini tidak timbul kembali dalam masa enam bulan yang lepas.

Pembaca majalah Motorcyclist

Penulis masih ingat akan sebuah surat yang disiarkan dalam majalah Motorcyclist Magazine pada suatu ketika dahulu.

Pemilik motosikal berkenaan turut menghadapi masalah menghidupkan enjin motosikalnya di samping letupan ‘backfire’ dan gegaran ketika menunggang. Mekaniknya mengesyorkannya untuk menukar keseluruhan bank karburetor dan lingkaran pencucuh. Tergamam dengan jumlah yang besar untuk menukarnya, dia memutuskan untuk mencuba “Techron Concentrate”. Produk berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapinya, dan kesannya telah menjimatkan sejumlah besar wangnya.

Sisa yang ada dalam mangkuk apungan karburetor

Menurut Chevron (Caltex), “Techron Concentrate Plus for Motorcycles” membersihkan sistem bahanapi petrol menggunakan teknologi “Precision Clean” mereka. Aditif bahanapi ini berfungsi pada tahap molekular bagi melembutkan deposit (bahan likat yang berwarna kekuningan tadi) yang boleh didapati dalam sistem bahanapi motosikal. Sisa ini kemudiannya dilonggarkan dan terapung dalam bahanapi.

Ianya kemudiannya dibakar bersama dengan bahanapi atau ditolak keluar melalui ekzos.

Satu botol 75ml “Techron Concentrate Plus for Motorcycles” dapat membantu untuk mengembalikan kuasa enjin yang hilang, memaksimakan penjimatan bahanapi, melindungi dari hakisan, mengurangkan emisi merbahaya, menghapuskan keadaan melahu yang kasar, mengawal sisa deposit, kesan daripada pembersihan keseluruhan sistem bahanapi.

Cara untuk menggunakan “Techron Concentrate Plus for Motorcycles”:

  • Kunjungi stesen minyak Caltex dan dapatkan sebotol dua “Techron® Concentrate Plus for Motorcycle” (pastikan tangki bahanapi anda hampir kosong pada ketika ini).
  • Tuang keseluruhan isi sebotol ke dalam tangki yang kosong. NOTA: Sebotol 75ml bagi setiap 6 liter petrol.
  • Isi tangki anda dengan bahanapi kegemaran anda sehingga penuh. Pembersihan bermula sebaik sahaja anda mula menunggang!
  • Untuk mendapatkan hasil terbaik, guna produk ini setiap 3,000km.

Sebotol “Techron® Concentrate Plus for Motorcycles” 75ml ini berharga RM9.90 sahaja. Produk ini dijual di ke semua stesen petrol Caltex.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai aditif bahanapi premium ini, Caltex® dan produk-produknya, sila layari www.caltex.com/my, atau laman Facebook Caltex Malaysia.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.