Rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta telah berjaya merakam beberapa buah motosikal dari Singapura yang dipita pelekatkan nombor pletnya di atas Lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Motosikal-motosikal ini merupakan sebahagian daripada sebuah konvoi besar dari negara berkenaan. Ini berlaku selang beberapa hari selepas kerajaan Singapura mengatakan mereka akan mengharamkan kenderaan asing dengan saman tertunggak daripada memasuki negara…
Author: Zarul Faiz
Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan. Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya. Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah mengatakan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak model V4 yang akan diperkenalkan. Para penggemar Ducati mengharapkan yang salah sebuah daripadanya adalah Streetfighter V4 baharu. Buat masa ini, Officine GP Design telah membina Ducati Streetfighter V4 ini.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
FIM sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara penunggangan Trial-E. Para penunggang motosikal trial adalah atlit yang mempunyai berkebolehan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka untuk mengatasi sebarang halangan. Jika diterima, acara Trial-E akan menjadi sukan permotoran yang pertama dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.
Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019. BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018. Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.
Jentera BMW S 1000 RR WorldSBK 2019 telah diperkenalkan di Portugal. Ciri-ciri pada motosikal ini mempamerkan komponen-komponen berteknologi tinggi. Selain itu, terdapat beberapa buah ciri-ciri lain yang menarik.
Basikal ‘mountain bike’ elektrik Ducati MIG-RR kini boleh didapati di pasaran Eropah. Ianya telah dihasilkan melalui satu usahasama antara Ducati dan Thok E-bikes. Ia dilengkapi dengan komponen berteknologi terkini.