Francesco Bagnaia berjaya menepis serangan Lorenzo Baldassari untuk memenangi perlumbaan Moto2 pertama bagi musim 2018. Pemula dari Petak Pertama terpaksa akur dengan tempat ke-tiga setelah menghadapi masalah mekanikal pada breknya brek. Selain daripada itu, tiada sebarang aksi yang mengujakan berlaku.
Author: Zarul Faiz
Jorge Martin telah berjaya memenangi perlumbaan Moto3 yang pertama bagi musim 2018. Berbeza dengan tahun lalu di mana seramai 17 orang penunggang telah bersaing bagi mendapatkan kemenangan, sepasang penunggang telah berjaya memisahkan diri menjadi kelompok pendahulu. Para penunggang pasukan Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapat tempat ke-lapan dan ke-sebelas.
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan “Benelli Dynamite Track Day” pada hari Sabtu (17 Mac 2018), di Litar Kart Speedway PLUS di Subang Jaya. Acara ini telah diadakan bagi mempromosikan jentera terkininya, Benelli TNT 135 LE 2018. Hanya 1,000 buah unit sahaja akan dihasilkan pada harga RM9,988 (harga asas, tidak termasuk GST).
Johann Zarco berjaya memperoleh Petak Pertama bagi Grand Prix Qatar 2018. Dia, Marc Marquez, bersama dengan Danilo Petrucci berjaya memecah rekod catatan masa terdahulu untuk berada di kedudukan 3 Teratas. Rekod sebelum ini telah bertahan selama sepuluh tahun.
Andrea “Desmo” Dovizioso merupakan penunggang terpantas bagi FP1 dan FP2. Danilo “Petrux” Petrucci adalah penunggang kedua terpantas dengan perbezaaan masa hanya 0.006 saat di belakang Dovizioso. Kejutan terbesar adalah kedudukan penunggang Suzuki di tempat ke-tiga dan ke-lima. Marc Marquez, Dani Pedrosa, Cal Crutchlow dan Valentino Rossi berada di tempat ke-enam, tujuh, lapan, dan sembilan dibezakan…
Juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali, Valentino Rossi telah memperkenalkan helmet AGV Pista GP R 2018-nya yang baru. Berikutan pembaharuan kontrak selama dua tahun bersama pasukan Movistar Yamaha, penunggang berusia 39 tahun tu telah memperagakan sebuah helmet bergaya retro. Dengan pendekatan yang minimalis, helmet 2018-nya itu telah diilhamkan oleh helmet yang digunakan dalam Formula 1 pada…
Valentino Rossi baru sahaja menandatangani sebuah kontrak dua tahun dengan pasukan Movistar Yamaha MotoGP. Ini bermakna juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali itu akan bersaing sehingga akhir musim 2020. Pada tahun 2020, genap 25 tahun kerjaya perlumbaan Rossi, di mana 15 tahun daripadanya adalah bersama Yamaha.
Naza Premira Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah memperkenalkan skuter Vespa GTS Super 300 2018 awal hari ini. Dijana oleh enjin satu silinder 278cc Quasar terkini mereka, tawaran terkini Vespa ini adalah gabungan warisan serta teknologi penunggangan terkini. Vespa GTS Super 300 2018 ini boleh didapati pada harga RM27,072.40 (harga asas beserta GST).
MV Agusta telah menyatakan bahawa mereka akang menghentikan pengeluaran motosikal superbike MV Agusta F4 menjelang hujung tahun 2018. Motosikal superbike MV Agusta yang berikutnya hanya akan tiba selepas tahun 2020, di mana jenama itu kini sedang menumpukan perhatian pada model empat silinder baru yang lain dahulu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, motosikal superbike baru…