Mengekalkan kehidratan adalah amat penting sewaktu keadaan cuaca yang amat panas ini. Tetapi, apakah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga, dan yang perlu anda elakkan supaya tidak berasa terlalu haus? Bagaimana pun, perlu diingatkan supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai perkara.
Author: Zarul Faiz
Isu berkenaan dengan kelengkapan aerodinamik dalam MotoGP bertambah hangat apabila Ducati memberi amaran akan mengusulkan bantahan terhadap winglet Honda. Menurut Ducati, winglet Honda mendatangkan bahaya atas beberapa sebab. Isu ini timbul kerana penglibatan Honda dalam bantahan penggunaan winglet Ducati pada lengan ayun jentera GP19 di Qatar.
Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas. Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api. Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.
Kelab motosikal Kawasaki GTROC (GTR Owner Club) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka pada hari ini. Konvoi ini bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam. Mereka akan menunggang menuju ke Melaka untuk bertemu dengan satu lagi kumpulan motosikal GTR bagi menjadikan jumlahnya sebanyak 300 buah motosikal.
Ducati telah memperoleh margin keuntungan sebanyak 7% bagi tahun 2018. Keuntungan itu diperolehi meskipun ketika kemerosotan global sebanyak 2.7% bagi pasaran motosikal melebihi 500cc dan kejatuhan sebanyak 9% bagi pasaran Amerika Syarikat. Walaupun hasilnya berkurangan, pengeluar berkenaan berjaya menggantikan kerugian dengan penjualan model bermargin lebih tinggi seperti Panigale.
Ricardo Domingos telah menunggang sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000RR dalam perlumbaan Baja Rally Portugal. Meskipun dia tidak memenangi perlumbaan tersebut, dia berjaya menewaskan sebahagian besar pesaing. Perlumbaan rali Baja Portugal ini menyaksikan para pesaing berentap untuk melakukan catatan masa terpantas.
Harga bagi model Suzuki Katana 2019 telah didedahkan di UK. Model Katana yang asal telah merevolusikan reka bentuk motosikal. Persoalannya, bilakah ia akan tiba di Malaysia?
Kami telah berpeluang menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM 790 Adventure R di Maghribi. KTM telah menggelar kedua-dua buah motosikal ini sebagai motosikal dwi-sukan paling berkebolehan untuk penunggangan ‘off-road’. Kami telah menunggang uji motosikal-motosikal ini di atas jalan raya dan juga di padang pasir.
Empat buah pengeluar telah mengeluarkan bantahan terhadap Ducati kerana menggunakan ‘winglet’ tayar belakang sewaktu pusingan MotoGP Qatar. Mereka berpendapat bahawa ianya menghasilkan ‘downforce’ untuk roda belakang. Ducati tetap bertegas bahawa yang ianya adalah untuk menyejukkan tayar.