Seorang remaja telah ditipu apabila dia membeli motosikal di atas talian. Penjual berkenaan telah menggunakan kad pengenalan palsu, dan ramai yang telah menjadi mangsa penipuan tersebut. Cara paling selamat untuk membeli motosikal adalah dengan memeriksa motosikal sendiri bersama dengan penjual.
Author: Zarul Faiz
Suzuki telah memfailkan paten bagi sebuah enjin satu silinder yang istimewa. Ia dilengkapi dengan dua palang penyambung (conrod) tetapi hanya satu omboh. Ianya bertujuan untuk mengurangkan gegaran.
Motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville adalah satu contoh yang baik gabungan fesyen dan permotosikalan. Berluti merupakan sebuah jenama di bawah Louis Vuitton. Panel badannya diperbuat daripada gentian karbon dan enjinnya dikekalkan standard.
Dominasi Alvaro Bautista dan jentera Ducati V4 R dalam kejohanan WorldSBK sudah pasti membakar semangat Kawasaki. Ianya disemarakkan lag dengan penggunaan teknologi MotoGP dalam jentera Ducati V4 R. Mereka membayangkan bahawa mereka akan muncul dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-10RR yang baharu bagi musim 2020.
AJP Malaysia telah memperkenalkan model AJP PR5 250 dan PR7 600 Adventure 2019 untuk pasaran Malaysia. Tawaran terkini bagi segmen motosikal enduro di Malaysia ini berasal dari Portugal dan memiliki pengalaman yang luas dalam penunggangan dwi-sukan. Model PR5 250 didatangkan dalam 3 varian: Enduro, Extreme, dan Supermoto.
Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer. Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya. Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.
Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini. Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan. Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru, ini telah melelong 65 buah kenderaan. Ia berjaya meraih sejumlah RM389,963. Bidaan tertinggi bagi sebuah motosikal adalah pada harga RM15,000, bagi sebuah model Yamaha YZF-R6.