Meskipun status Marc Marquez bersama pasukan Repsol Honda masih lagi kabur namun itu tidak menghalang lapan kali juara dunia itu untuk naik podium di Litar Motegi, Jepun, pada Ahad. Marquez menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Francesco Bagnaia (Ducati) dan pemenang, Jorge Martin (Pramac-Ducati). Disebalik kejayaan kembali ke podium, senario itu tidak sedikitpun melenyapkan…
Author: Amirul Azreen
Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition tiba untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi Triumph Motorcycles Malaysia. Untuk rekod, Triumph menawarkan dua versi bagi Aragon Edition yang merangkumi Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT namun bagi pasaran tempatan hanya varian GT sahaja yang ditawarkan dengan harga jualanr rasmi RM81,000. Edisi khas ini dihasilkan bagi memberi…
Ketika pasaran Malaysia sedang meraikan ketibaan Ninja ZX-25R SE, negara jiran Singapura telah pun menerima Kawasaki Ninja ZX-4RR terbaru. Memetik laporan rakan media Paultan.org, model itu hadir dengan harga jualan SGD18,000 (RM61.9k) namun ditambah dengan yuran Singapore Certificate of Entitlement (COE) SGD10,700 (RM36.8k) ini bermakna pelaggan perlu membayar RM98.7k bagi mendapatkan motosikal berkenaan. Jika dibandingkan…
Selepas sekian lama penantian, BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan BMW R 1300 GS 2024. Menariknya, bukan hanya enjin yang baru malah BMW telah mereka semula keseluruhan aspek motosikal adventure terkemuka mereka. Hasilnya, BMW R 1300 GS kini 12kg lebih ringan berbanding R 1250 GS 2023. Enjin Menurut BMW, R 1300 GS kini dikuasakan enjin boxer…
Meskipun gergasi motosikal India, Bajaj mencuri tumpuan dengan kerjasama Triumph dan KTM namun dari segi penghasilan model jenama sendiri, mereka agak suram kebelakangan ini. Ini kerana selain memperkenalkan Pulsar NS200 2023 yang telah dinaik taraf dengan ABS dwi-saluran dan lebih ringan berbanding generasi sebelumnya, model itu masih lagi tampil dengan reka bentuk yang sama. Namun,…
Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Ducati Panigale V4 SP2 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM299,900. Panigale V4 SP2 merupakan generasi kedua selepas V4 SP yang membuat penampilan sulung pada 2020. Namun, generasi terbaru kali ini tampil lebih ringan di samping telah dinaik taraf dengan komponen dan aksesori unik. Untuk rekod, V4 SP2 masih…
Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Diavel V4 serba baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM178,900. Bagi memudahkan pembacaan, kami senaraikan lima ciri menonjol tentang Ducati Diavel V4 2023. 1. Enjin Ducati membuat keputusan untuk beralih daripada enjin V-Twin kepada konfigurasi V4 bagi Diavel 2023. Meskipun sudah lama setia dengan platform V-Twin namun disebabkan…
Pasaran motosikal di China semakin sengit ketika ini namun disebalik persaingan itu, beberapa jenama sudah mula menempatkan diri dikalangan jenama terkemuka antaranya CFMOTO, QJMOTOR, Voge dan Zontes. Namun begitu, dalam memastikan barisan model ditawarkan adalah berkualiti dan setaraf jenama Jepun dan Eropah, kebanyakkan model ditawarkan jenama berkenaan adalah lebih mahal. Bagi memastikan pelanggan di China…
Baru-baru ini kami telah pun melaporkan bahawa MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan jenama Voge untuk pasaran tahun depan menerusi Voge 900 DS. Jenama premium milik Loncin itu semakin mencuri tumpuan ekoran membekalkan enjin kepada BMW termasuk bagi model C 400 X, C 400 GT, F 850 GS, F 900 R, F 900 XR…