Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard di jalan raya awam tanpa memakai helmet. Video berdurasi 11-saat itu jelas memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi itu tanpa helmet di Lembah Klang. Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta agar lelaki dalam video…
Author: Amirul Azreen
Yamaha GT150 Fazer telah diperkenalkan di pasaran China dengan harga jualan asas CNY13,390 (RM8,398). Tampil dengan reka bentuk retro, GT150 Fazer ini tidak dilengkapi spesifikasi moden seperti model Yamaha lain termasuk MT-15 dan XSR155. Namun, model ini menepati permintaan ramai yang mahukan motosikal yang tidak rumit, senang dijaga dan mampu milik. Hasilnya, Yamaha GT150 Fazer…
Baru-baru ini Polis Kuala Lumpur telah menasihati orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya di aplikasi Waze. Nasihat itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada pengguna jalan raya. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menjelaskan tindakan berkongsi maklumat SJR di Waze menyukarkan tugas polis dalam mengesan pemandu yang…
KTM dengan rasminya melancarkan KTM 390 Adventure 2023 yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu. Naik taraf terbesar bagi tahun 2023 menyaksikan 390 Adventure kini dilengkapi dengan rim lidi (wire-spoked) secara standard menggantikan rim aloi sebelum ini. Rim lidi itu datang dengan diameter 19-inci depan dan 17-inci belakang. Meskipun naik taraf itu tidak signifikan…
Umum sedia maklum QJMotor telah memeterai perjanjian dengan dua jenama besar termasuk Harley-Davidson dan MV Agusta. Kerjasama itu menyaksikan QJMotor bertanggungjawab menghasilkan Harley-Davidson X350 dan MV Agusta Lucky Explorer 5.5. Bagaimanapun kerjasama dengan MV Agusta juga berjalan dalam dua arah yang bermakna QJMotor juga akan memperoleh sumber daripada jenama motosikal Itali itu termasuk enjin. Terbaru,…
Perodua dengan rasminya membuka tempahan bagi generasi Perodua Axia untuk pasaran Malaysia. Perodua turut berkongsi risalah Axia D74A itu di ruangan media sosial dan mendedahkan beberapa ciri penting mengenai model akan datang itu. Namun, laporan media tempatan sebelum ini yang mendakwa model generasi baharu itu akan datang dengan enjin turbo ternyata meleset apabila Perodua mengesahkan…
Motosikal jenis ‘underbone’ atau lebih dikenali sebagai kapcai merupakan model popular terutamanya di Asia. Saban tahun jutaan motosikal jenis ini dipasarkan di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Meskipun begitu, kapcai merupakan motosikal yang seakan tidak pernah wujud diluar pasaran Asia. Namun, senario itu bakal berubah apabila jenama motosikal Itali, Malaguti yang terkenal dengan model skuter…
Tahun baharu membawa pelbagai makna kepada rakyat Malaysia, ada yang mungkin teruja memulakan azam baharu ada pula yang gembira bakal menamatkan zaman bujang. Namun, bagi peminat dua roda, tahun baru juga bermakna ada model baharu yang akan dipasarkan di Malaysia. Berdasarkan beberapa info yang berjaya kami perolehi sebelum ini, kami senarai enam motosikal baharu yang…
Gergasi motosikal India, Bajaj telah pun melancarkan Dominar 250 untuk pasaran negara itu pada Mac 2020 sebagai varian lebih kecil berbanding Dominar 400. Kemunculan versi 250cc itu adalah bagi memberi akses meluas pada pelanggan yang mahukan motosikal ‘sport-touring’ namun pada harga lebih mampu milik. Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa Dominar 250 itu akan turut…