Ramai Peminat Sukan Permotoran Di Malaysia, F1 Perlu Kembali – Tun M

  “Kerajaan mahu mengembalikan Formula 1 di Malaysia, tetapi saya tidak pasti sama ada tahun depan atau tahun berikutnya,” demikian kenyataan dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malaysia bercadang untuk mengembalikan sukan permotoran berprestij itu ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas kali terakhir muncul negara penganjur pada dua tahun lalu. Menurut laporan The…

Ferrari F8 Tributo Kini Di Malaysia – Harga Dari RM1,068,000!

Selaku pengedar rasmi jentera Ferrari di Malaysia, Naza Italia dengam bangganya melancarkan Ferrari F8 Tributo dalam majlis yang berlangsung di Hotel St.  Regis,  Jalan Sentral, hari ini. Model tersebut lahir daripada ekspresi Ferrari dalam menghasilkan jentera dua tempat duduk Berlinetta. “Kami bangga menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan Ferrari F8 Tributo sempena sambutan…

Hyundai Elantra Tampil Dengan Rekaan Baharu!

Hyundai Sime Darby Motors telah merasmikan Hyundai Elantra dengan rekaan terbaru di Pusat 3S Hyundai Jalan Klang Lama,  hari ini. Tampil dengan rekaan dalaman dan luaran yang telah direvolusikan,  pelancaran model tersebut dilihat akan terus memperkuatkan jenama Hyundai dalam segmen pertengahan kenderaan penumpang. Tawaran harga yang kompetitif – RM109,888 – memberi pilihan yang lebih pelbagai…

Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini GT-R Jadi Mangsa

Sebuah kereta Nissan GT-R mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dihentam sebuah Perodua Myvi dalam kejadian yang berlaku di Seremban 2, kelmarin. Myvi terbabit – yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun – sedang dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Emerald Park sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok batu kiri jalan. Timbalan Ketua Polis…

Tun Dr Mahathir Rasai Teknologi Kenderaan Autonomi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang merasai jaringan 5G apabila dia menaiki kenderaan autonomi Proton Exora sambil ditemani Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, di Putrajaya, semalam. Kereta tersebut kemudian membawa mereka dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan jarak 100 meter. Perjalanan Tun Dr Mahathir dan Gobind turut ditemani drone dan…

UMW Toyota Bersama Janna Nick Lancar Yaris Baharu – Harga Dari RM70,888

UMW Toyota bersama duta Janna Nick melancarkan model baharu Toyota Yaris serba baharu di Gasket Alley, hari ini. Sekali imbas,  Yaris seakan-akan menyerupai model sedan Vios dan itulah langkah di ambil Toyota dalam mengekalkan keseragaman dalam semua model yang diperkenalkan. Apa yang berbeza, Yaris menyerapkan ciri-ciri yang jauh lebih sporty terutamanya dengan penggunaan warna yang…

Anugerah Kereta Dunia 2019: Jaguar I-PACE Rangkul Kejayaan ‘Treble’

Jaguar I-PACE telah melakar sejarah ‘treble’di Anugerah Kereta Dunia 2019 apabila menjadi model kereta pertama untuk merangkul tiga anugerah Kereta Dunia dalam tempoh 15 tahun anugerah tersebut. Jaguar I-PACE telah dinobat Kereta Terbaik Dunia 2019, Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2019 dan Kenderaan Hijau Terbaik Dunia! Berlangsung di Pameran Kereta Antarabangsa New York, kemenangan I-PACE telah…

Promosi Hari Raya Menanti Pelanggan Mitsubishi!

Tatkala Ramadhan semakin menjelang tiba, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengadakan pelbagai promosi Hari Raya yang berlangsung hari ini sehingga 31 Mei 2019. Pelanggan yang membuat tempahan untuk model Mitubishi Outlander 2.0 (RM137,888) atau 2.4 liter (RM152,888) akan menerima rebat tunai sehingga RM4,000! Mitsubishi turut menawarkan rebat sama bagi model…

Geng YSuku Kena Cekup, Terlibat Kes Ragut Di Muar

Polis telah menahan tiga daripada empat individu yang disyaki telah terlibat dalam beberapa kes ragut yang berlaku di sekitar Muar, Johor, Sabtu lalu. Menggunakan jentera Yamaha Y15ZR, mereka sanggup berkonvoi lebih 100 kilometer dari Kuala Lumpur ke Muar untuk melakukan aktiviti jenayah mereka. Menurut laporan Harian Metro, semua suspek dipercayai telah terlibat dalam tiga kes…