Sejak diperkenalkan pada Mac tahun lalu di Litar Mugello, kesemua 10 unit Aprilia RSV4 X terjual dalam tempoh beberapa jam. Menggunakan RSV4 1100 Factory sebagai asas utama, versi edisi terhad ini menghasilkan 225hp dengan berat hanya 165 kilogram! Jentera ini juga merupakan mesin dua roda sulung yang mengguna pakai gear neutral bawah gear pertama dan kaliper…
Author: Amirul Azreen
Ketika kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak bermula 1 Januari 2020 ramai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan kerusi terbabit. Bagaimanapun, pemakaian kerusi kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah kerana melibatkan nyawa anak sendiri. Menurut laporan Astro Awani, pasangan ibu dan ayah meratapi pemergian anak berusia 2 tahun selepas terlibat kemalangan, awal pagi…
Seramai 340 penunggang dan 146 pembonceng ditahan pihak polis dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan di sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, pada malam tahun baharu. Operasi yang berjalan pada jam 3 pagi itu turut menyaksikan beberapa remaja perempuan yang masih bersekolah turut ditahan sebelum pihak polis memanggil ibu bapa masing-masing untuk…
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mencadangkan agar lebih banyak laluan motosikal dibina agar dapat mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal. Pengarah Miros, Muhammad Marizwan Abdul Manan berkata laluan tersebut boleh dibina dengan mengubah bahu jalan sedia ada. “Pembinaan laluan motosikal bukan eksklusif (NEML) dapat mengurangkan kadar kemalangan motosikal dalam negara. “NEML dapat dilaksanakan…
Musim 2019 mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan Aprilia di pentas MotoGP namun itu tidak menghalang mereka untuk mengejar keputusan lebih baik bagi 2020. Aprilia merupakan pasukan pertama untuk mendedahkan jentera baharu bagi ujian pra-musim. Meskipun tidak mendedahkan spesifikasi terperinci namun Motorsportmagazine.com mendakwa Aprilia bakal mengikut langkah Ducati dan Honda dengan mengguna pakai enjin…
Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) sehingga dimaklumkan kelak. Keputusan itu disuarakan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin menjelaskan bahawa keputusan mengenai perlaksanaan PSP pada 18 Disember lalu sebenarnya bertujuan untuk memberi persediaan kepada rakyat. “Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan…
Kes kecurian motosikal kekal menjadi isu serius bagi tahun 2018 namun ramai yang tidak sedar isu ini memberi kesan bersar terhadap golongan berpendapatan rendah atau B40. Pada tahun 2018, lebih 25,000 motosikal dicuri dengan kapcai – bawah 150cc – kekal sebagai barang ‘panas’. Kapcai merupakan kenderaan utama bagi golongan B40 tatkala motosikal terbabit ditawarkan pada…
Ketua divisyen motosikal BMW menyifatkan tidak berbaloi untuk memulakan projek MotoGP selain daripada pasukan Superbike Dunia (WSBK) sedia ada. BMW kembali ke WSBK secara sepenuhnya sejak 2013 tahun ini setelah bergandingan dengan Shaun Muir Racing, menggunakan jentera S 1000 RR dan mempertaruhkan Tom Sykes dan Markus Reiterberger. BMW turut berjaya merekodkan kedudukan keempat carta pengeluar…
Pengurus Projek Suzuki, Shinichi Sahara, menyifatkan musim 2019 sebagai satu kegagalan bagi pasukannya meskipun Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan. Kemenangan di Litar Austin dan Silverstone merupakan kejayaan sulung Suzuki di MotoGP sejak 2016. Meskipun Rins berjaya menempatkan diri dikalangan pelumba tonggak, Sahara mendedahkan dia mengharapkan keputusan yang lebih baik dilakar pelumba utamanya itu. Bagi…