Op Samseng Jalanan Cekup 340 Penunggang Motosikal Di Pulau Pinang

Sumber: Penang Kini @ Facebook

Seramai 340 penunggang dan 146 pembonceng ditahan pihak polis dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan di sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, pada malam tahun baharu.

Operasi yang berjalan pada jam 3 pagi itu turut menyaksikan beberapa remaja perempuan yang masih bersekolah turut ditahan sebelum pihak polis memanggil ibu bapa masing-masing untuk menjamin mereka.

Sejumlah 348 motosikal – termasuk lapan buah motosikal yang ditinggalkan – telah dibawa ke balai polis bagi semakan.

Sumber: Penang Kini @ Facebook

Menurut laporan FMT, lebih 400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, menunggang secara berbahaya dan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera.

Sementara itu, antara yang ditahan, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menipu kedua ibu bapanya agar dapat menyertai perlumbaan haram malam Tahun Baharu.

“Saya pinjam motor abang saya dan bagitahu mereka bahawa saya ke Pesta Pulau Pinang tetapi saya sertai perlumbaan malam Tahun Baharu. Saya dah berlumba sejak usia 13 tahun,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply