Beberapa minggu lalu, sebuah kedai kustom di Filipina, MC Customs telah mengubah suai sebuah Bajaj Dominar D400 kepada jentera scrambler. Kali ini, seorang pemilik Bajaj Dominar telah mengubah suai motosikalnya menjadi jentera ADV. Antara pengubahsuaian yang dilaksanakan adalah penghadang angin yang tinggi, bar hendal yang lebih lebar termasuk pemasangan riser bar hendal. Bagaimanapun, perubahan paling…
Author: Amirul Azreen
Kerjasama di antara TVS Motor Company bersama BMW Motorrad telah menghasilkan kejayaan memberangsangkan di peringkat antarabangsa menerusi G 310 GS dan G 310 R. Kedua-dua model tersebut mengguna pakai enjin 310cc TVS yang turut ditawarkan menerusi Apache RR310 yang telah diperkenalkan hujung 2017. Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TVS, K. N. Radhakrishnan…
Sebagai penghargaan kepada kegigihan penghantar makanan yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), RK South Asia Sdn Bhd melancarkan kempen #DeliveryAbang yang berjalan selama dua hari. Menerusi kempen ini, RK menawarkan pertukaran rantai dan pemberian beberapa aksesori lain kepada penghantar makanan secara PERCUMA! Antara aksesori percuma yang ditawarkan: RK-428KLO Seal Chain Kit RK 428…
BMW Motorrad telah pun mendaftar nama M 1300 GS, M 1000 RR dan M 1000 XR sebelum ini. Ini sekaligus memberi bayangan mereka dalam perancangan menghasilkan jentera berprestasi tinggi berbanding model sedia ada. Apa yang signifikan tentang huruf ‘M’ tersebut? Bagi yang mengekori perkembangan BMW, ‘M’ merujuk kepada divisyen kenderaan berprestasi tinggi. Meskipun ‘M’ hanya…
MotoGP merancang untuk mengadakan dua perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez dalam percubaan untuk menyelamatkan musim 2020. Difahamkan, Dorna merancang dua perlumbaan tersebut berlangsung pada 17-19 Julai dan 24-26 Julai. Perancangan bangkit selepas sesi perbincangan video di antara Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta bersama wakil kerajaan Andalusia dan datuk bandar Jerez. Bagaimanapun, perancangan tersebut bergantung…
Piaggio Group Amerika telah memanggil semula dua unit Aprilia, RSV4 dan Tuono susulan masalah pad brek Brembo. National Highway Transportation Safety Administration (NHTSA) memanggil semula lebih 3,287 unit – melibatkan RSV4 dan Tuono – yang dijual di Amerika Syarikat. Model yang terlibat adalah: Aprilia Tuono 1100 RR dan RF (2017-2020) Aprilia RSV4 1000…
Pengeluar motosikal Korea, Hyosung bakal melancarkan GV 300 S Bobber sebuah motosikal berkonsepkan bobber untuk pasaran Eropah. Menawarkan ketinggian tempat duduk hanya 710mm, rekaan keseluruhan bobber ini tampak praktikal untuk kegunaan harian. Hyosung GV 300 S Bobber dikuasakan dengan enjin 300cc V-Twin yang menghasilkan 30hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 25.6Nm pada 6,000rpm. Model ini…
Pegawai polis Utah Higway Patrol mendakwa telah menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang sedang memandu kereta. Menurut info yang dikongsikan di Twitter Utah Highway Patrol, kanak-kanak tersebut meninggalkan rumah selepas bertekak dengan emaknya. One of our Troopers in Weber Co. initiated a traffic stop on what he thought was an impaired driver….
Syarikat pengeluar helmet terkenal dunia, Arai, telah memperkenalkan kit aerodinamik bagi helmet RX-7X. Arai sememangnya jenama yang terkenal dengan ciri keselamatan terbaik terutamanya dengan penggunaan bahan seperti Fiber Reinforced Plastic (FRP) dan sistem visor luaran yang kukuh. Bagi memastikan kualiti terjamin, setiap helmet Arai adalah buatan tangan. Bagaimanapun, syarikat berpangkalan di Saitama, Jepun itu kini…