Modenas Dominar D400 Ini Diubah Suai Menjadi Jentera ADV

Advertisements

Beberapa minggu lalu, sebuah kedai kustom di Filipina, MC Customs telah mengubah suai sebuah Bajaj Dominar D400 kepada jentera scrambler.

Kali ini, seorang pemilik Bajaj Dominar telah mengubah suai motosikalnya menjadi jentera ADV.

Antara pengubahsuaian yang dilaksanakan adalah penghadang angin yang tinggi, bar hendal yang lebih lebar termasuk pemasangan riser bar hendal.

Bagaimanapun, perubahan paling ketara adalah penggunaan tayar jenis jejari (spoke wheels) bersaiz 19 inci depan dan 18 inci belakang.

Penggunaan tayar tersebut membuatkan jarak kelegaan tanah lebih tinggi di samping melengkapkan elemen ADV.

Pemilik tersebut turut menukar sprocket bagi memperbaiki nisbah gear namun tiada sebarang ubah suai dilakukan terhadap bahagian enjin.

Difahamkan, Bajaj telah mengikat kerjasama dengan Autologue Custom bagi penghasilkan kit ADV untuk model Dominar dan kit tersebut boleh didapati di setiap pengedar Bajaj di India.

Mungkin ada peluang untuk pemilik Dominar di Malaysia mendapatkan kit tersebut?- CarToq

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.