Seorang penunggang motosikal telah maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dilanggar sebuah Perodua Myvi yang melawan arus di Pulau Pinang. Kejadian tersebut berlaku dari tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan. Menurut ketua polis daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, pemandu Myvi tersebut disyaki memandu dengan laju sebelum merempuh dua motosikal tersebut….
Author: Amirul Azreen
HJC Helmet Malaysia memperkenalkan Program Trade-In untuk rakyat Malaysia. Menerusi program ini, orang ramai yang memiliki helmet lama – tak kira jenama – boleh ‘trade-in’ helmet tersebut dan nikmati diskaun RM400 bagi HJC IS-17 bernilai RM1,0009! Program ini berjalan di semua pengedar rasmi helmet HJC seluruh negara selagi stok masih ada. Berikut ciri yang terdapat…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bermula 18 Mei ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan ketika ini semua kakitangan JPJ sedang membuat persiapan untuk kembali beroperasi. Kaunter JPJ akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (hari bekerja) dan dari 8 pagi hingga 1 tengah…
Sejak MV Augusta mendedahkan Superveloce Ottocento (800) akan dipasarkan pada tahun 2020, ramai yang mula teruja. Diklasifikasikan sebagai superbike neo-retro – gabungan superbike dengan elemen retro – motosikal ini didatangkan dengan enjin 798cc tiga silinder yang didakwa mampu menghasilkan 148hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,600rpm. Kini MV Agusta menawarkan dua warna pilihan kepada orang…
Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi. Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak…
Carlos Sainz Jr bakal menggantikan Sebastian Vettel di Ferrari bagi musim 2021. Meskipun tiada pengesahan rasmi namun media melaporkan Ferrari kini sedang mengadakan perbincangan bersama pelumba berusia 25 tahun itu. Daniel Ricciardo yang akan tamat kontrak bersama Renault hujung musim ini dikhabarkan akan menggantikan Sainz di McLaren. Vettel dan Ferrari telah pun mengumumkan perpisahan mereka…
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, HJC Helmet Malaysia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus. Promosi Hari Raya ini telah pun bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mei. Berikut senarai diskaun bagi model helmet yang ditawarkan: siri RPHA – diskaun 20 peratus siri FG – diskaun 30 peratus siri IS…
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penggunaan logo baharu Volkswagen di setiap pengedar dan fasiliti seluruh negara. Pengeluar kereta Jerman itu telah pun memulakan penggunaan logo baharu tersebut sejak tahun lalu dengan lebih 70,000 logo di 10,000 pengedar dalam 171 pasaran dunia telah pun dilaksanakan. Visual baharu ini menampakkan perbezaan paling ketara berbanding logo sebelumnya…
Perkara itu disahkan menerusi paten yang difailkan pengeluar motosikal Jepun itu yang memaparkan sebuah enjin V-Twin. Paten tersebut menunjukkan sebuah enjin V-Twin bersaiz serdahana (dijangka sekitar 650-750cc) yang diletakkan pada sebuah jentera naked. Bagaimanapun, paten tersebut hanya mendedahkan enjin yang dibangunkan tanpa sebarang info mengenai sesaran dan kuasa yang bakal dihasilkan. Namun, seperti paten yang…