SIC Kembali Beroperasi, Tak Lebih 10 Individu Dibenarkan Setiap Sesi

Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi.

Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak yang hadir ke Litar Sepang.

Pengunjung perlu mendaftarkan diri dan menjalani pemeriksaan suhu badan di kawasan khas sebelum memasuki premis.

Penjarakan sosial 1 meter perlu dipatuhi dengan mengikut tanda yang telah diletakkan sementara penggunaan ‘hand sanitizer’ dan topeng muka disediakan pihak SIC.

Pada masa sama, SIC menegaskan tidak lebih daripada 10 individu (peserta dan kru) dibenarkan dalam satu sesi namun sebarang acara perlumbaan masih belum dibenarkan.

SIC akan beroperasi dari jam 9 pagi hinga 4 petang.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply