F1: Carlos Sainz Jr Ganti Sebastian Vettel Di Ferrari 2021

Advertisements

Carlos Sainz Jr bakal menggantikan Sebastian Vettel di Ferrari bagi musim 2021.

Meskipun tiada pengesahan rasmi namun media melaporkan Ferrari kini sedang mengadakan perbincangan bersama pelumba berusia 25 tahun itu.

Daniel Ricciardo yang akan tamat kontrak bersama Renault hujung musim ini dikhabarkan akan menggantikan Sainz di McLaren.

Vettel dan Ferrari telah pun mengumumkan perpisahan mereka hujung musim ini.

Meskipun merekodkan 14 kemenangan bersama Ferrari, pelumba Jerman itu gagal menghadirkan sebarang kejuaraan dunia.

Pada masa sama, wartawan F1, Ralf Bach memberitahu Auto Bild bahawa Vettel letih dengan permainan politik dalaman Ferrari yang melebihkan rakan pasukan, Charles Leclerc.

Senario itu membuatkan kedua-dua pihak menyedari mereka tidak lagi mampu meneruskan hubungan sehingga musim depan.

Sainz Jr membuat penampilan sulung di F1 pada 2015 bersama Max Verstappen di Toro Rosso namun bergelut sementara rakan pasukannya berjaya sertai Red Bull pada musim berikutnya.

Sainz kemudiannya berhijrah ke Renault pada 2017 namun musim 2019 merupakan tahun terbaiknya bersama McLaren apabila menamatkan kejuaraan di kedudukan keenam. – SkySports

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.