Lelaki Ini Tekad Pusing Seluruh Dunia Dengan Honda Monkey

Pada 2018, Andre Sousa melakar rekod dunia apabila menjadi manusia pertama berjaya merentas benua Amerika Selatan terpantas menggunakan motosikal kecil. Sousa kini menyasarkan rekod dunia yang lebih besar, tekad merentas seluruh dunia. Dia telah pun memulakan perjalanan pada 12 Julai lalu dengan pengembaraan baharu itu bakal mengambil masa 2 tahun dan 59,545 kilometer merentas 50…

Motosikal Cruiser, Benda BD700 Hampiri Peringkat Pengeluaran

Pengeluar motosikal di China semakin rancak memperkenalkan beberapa jentera baharu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Baru-baru ini, Benelli menayangkan beberapa model dibina Zhejiang Qianjiang di China antaranya QJ SRK600 dan QJ1200. Pasaran motosikal China akan terus rancak apabila Benda Motorcycle, pengeluar motosikal negara itu bakal memperkenalkan crusier 700cc menerusi BD700. Perkara itu disahkan menerusi paten…

Cub Prix Buka Tirai Musim 2020 Hujung Minggu Ini Di Sepang

Selepas berbulan kejohanan sukan permotoran di Malaysia ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saingan Cub Prix 2020 kembali membuka tirai pada 17 dan 18 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berikut kalendar Cub Prix bagi musim 2020: Bagaimanapun, pembukaan tirai musim 2020 kali ini hanya melibatkan pelumba dan pihak yang terlibat dengan tiada penonton…

Pol Espargaro Sah Ke Repsol Honda, Kontrak Morbidelli Dilanjutkan

Pol Espagaro sah akan digandingkan bersama Marc Marquez di Repsol Honda bagi musim 2021. Desas-desus mengaitkan Espargaro ke Honda bertiup kencang apabila Alex Marquez memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC213V. Tempat Espargaro di KTM telah pun diisi Miguel Oliviera yang diangkat ke Redbull KTM dari KTM Tech 3 sementara slot kosong itu…

MotoGP: Penganjuran GP Malaysia Akan Ditentukan Hujung Bulan Ini

Keputusan mengenai penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditentukan hujung bulan ini. Pendedahan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan rasmi yang diumumkan baru-baru ini. Menurutnya, pihak SIC akan membuat pengumuman mengenai penganjuran kejohanan antarabangsa termasuk MotoGP pada hujung bulan ini. Bagaimanapun, fokus SIC ketika ini masih tertumpu kepada…

Yamaha XSR 155 Tembusi Pasaran Filipina, Malaysia Masih Kempunan

Sejak dilancarkan di Thailand sekitar Ogos 2019, Yamaha XSR 155 bingkas mencuri tumpuan menerusi pengayaan cafe racer klasik. Motosikal klasik retro itu didatangkan dengan enjin 155cc satu silinder SOHC VVA yang menawarkan 19hp pada 10,000 rpm dan tork sekitar 14.7Nm pada 8,500rpm. Kemudian, pengeluar motosikal Jepun itu turut memperkenalkan XSR 155 di Indonesia beberapa bulan…

Penutupan Lorong Di Lebuh Raya ELITE Bagi Kerja Penyelenggaraan

PLUS Malaysia Berhad telah menutup lorong perlahan dan lorong kecemasan di antara Persimpangan Bertingkat Putrajaya-Gamuda Cove di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE). Penutupan tersebut yang bermula semalam (12 Julai) akan dilakukan sehingga 17 Julai ini bagi memboleh kerja penyelenggaraan dan turapan jalan dilakukan. Bagi memudahkan perjalanan, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan susur ke R&R Dengkil…