Pusat 3S Honda Baharu Dibuka Di Shah Alam

Honda Malaysia telah membuka pusat 3S baharu oleh Elmina Motors Sdn Bhd di Shah Alam.

Ini merupakan pusat 3S Honda yang ke-28 bagi daerah Tengah yang dijamin akan memenuhi kehendak pelanggan di kawasan sekitar bagi servis selepas jualan dan pelanggan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan kejayaan pembukaan pusat 3S ini disumbang oleh para petugas barisan hadapan yang berjaya mengawal pandemik Covid-19.

“Petugas barisan hadapan telah berjaya mengawal penularan Covid-19. Pengorbanan mereka telah membawa kita ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pada masa sama, kami akan memastikan pembukaan pusat 3S ini akan membantu menjana ekonomi negara di samping memastikan SOP ketak dipatuhi,” jelasnya.

Menerusi tawaran baharu ini, orang ramai juga boleh memandu uji model Honda termasuk tiga model baharu yang dilancarkan tahun ini, Accord, Civic dan BR-V.

Elmina Motors telah membelanjakan lebih RM21.8 juta bagi membangunkan pusat 3S baharu ini yang mempunyai keluasan sekitar 85,377 kaki persegi.

Pusat ini juga menawarkan 20 tempat letak kereta yang merangkumi 12 tempat servis, empat tapak baik pulih biasa dan dua tapak servis tayar.

Pelanggan juga boleh nikmati WIFI, tempat duduk selesa, Kids Corner dan makan serta minuman percuma di samping beberapa servis lain antaranya, cuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan insurans.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply