Perodua Rekodkan Penjualan 5,027 Unit Pada Hari Terakhir Bulan November

Perodua terus kukuh untuk mencapai sasaran menjelang hujung tahun apabila merekodkan penjualan 23,119 unit pada November. Menariknya, hari terakhir (30 haribulan) bulan November menyaksikan Perodua mendaftar lebih 5,027 unit, rekod tertinggi yang pernah dicatatkan dalam satu hari. Perodua Axia muncul model paling popular dengan 6,318 unit diikuti Myvi (6,295), Bezza (6,224), Aruz (2,617) dan Alza…

KYMCO Sahkan Pengeluaran RevoNEX Akan Dilakukan Di Itali

Sejak diperkenalkan di EICMA tahun lalu sebagai jentera konsep, ramai yang bertanyakan bila motosikal elektrik itu akan dihasilkan untuk pasaran dunia. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Pengerusi Gwangyang Group, Ke Shengfeng mendedahkan RevoNEX telah pun dibawa ke peringkat pengeluaran. Bagaimanapun, lebih menarik lagi apabila KYMCO (anak syarikat Gwangyang Group) mendedahkan pengeluaran model elektrik itu akan…

Yamaha NMAX 2020 Kini Di Malaysia – RM8,998!

Generasi baharu Yamaha NMAX akhirnya mendarat di pasaran Malaysia menerusi pelancaran secara strim langsung oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini. Model baharu ini kini menawarkan lampu depan LED penuh yang menawarkan pencahayaan lebih luas ideal untuk tunggangan di waktu malam manakala lampu belakang juga telah direka semula dengan empat strip LED. Menariknya, model…

Kawasaki ZX-10RR 2021 Kini Di Thailand – RM162,700!

Thailand International Motor Expo 2020 membuka tirai dengan pelancaran Kawasaki ZX-10RR 2021, hari ini. Seminggu selepas pelancaran global model itu, Thailand muncul negara Asia Tenggara pertama yang memperkenalkan ZX-10RR 2021. Thailand International Motor Expo 2020 edisi ke-37 ini menempatkan pelbagai pengeluar motosikal dunia dan akan berlangsung sehingga 13 Disember ini. Terhad kepada 500 unit seluruh…

Kawasaki Lancar Dua Warna Baharu Ninja 250 Bagi 2021

Kawasaki telah pun melancarkan Ninja 250 2021 di Jepun. Menariknya, model 2021 menyaksikan Ninja 250 ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu, Metallic Carbon dan edisi Kawasaki Racing Team (KRT). Pada masa sama, Kawasaki turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan antaranya rear seat cowl, penghadang angin, DC power socket dan pelindung radiator. Bagaimanapun, kemas kini yang dilaksanakan…

Isle Of Man TT 2021 Dibatalkan

Kerajaan Isle of Man mengumumkan bahawa TT edisi 2021 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19. Keputusan itu merupakan dilihat sebagai impak besar buat komuniti Isle of Man TT yang sebelum ini telah pun dimaklumkan mengenai pembatalan edisi 2020. Bagaimanapun, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira keselamatan penduduk Isle of Man selain daripada pasukan, marshal dan pengunjung…

Generasi Ke-7 Hyundai Elantra Kini Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM1XX,888!

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini mula menerima tempahan bagi Hyundai Elantra generasi ke-7 untuk pasaran tempatan. Elantra serba baharu ini akan mewarnai pasaran segmen-C di Malaysia selepas pengeluar kereta Korea Selatan itu memperkenalkan Sonata, tahun ini. Bagi tahun 2020, Elantra tampil dengan elemen rekaan terkini yang digelar sebagai ‘Futuristic Parametric Dynamics’. Selain daripada aspek…

Pelumba Cub Prix Rayu Benarkan Perlumbaan Bersambung

Pelumba Cub Prix mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membenarkan kejuaraan itu kembali bersambung. Rayuan itu disuarakan oleh pelumba dan bekas juara 2009, Affendi Rosli, susulan sebahagian besar pelumba kini berdepan masalah kewangan. Senario runcing ini turut memaksa beberapa pelumba terpaksa membuat kerja sampingan sebagai…

Moto2: ONEXOX TKKR Tarik Diri Dari Musim 2021

Penaja Utama SAG Team, Onexox TKKR, membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Moto2 musim depan. Pengumuman itu dibuat pengelola Onexox TKKR sendiri, Datuk Bobie Farid Shamsudin menerusi strim langsung di Facebook Onexox TKKR SAG Team, hari ini. Menerusi video tersebut, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai aspek terutamanya perbuatan pasukan Indonesia, Mandalika Racing…