Ini (Mungkin) 12 Motosikal Yang Bakal Masuk Malaysia 2021!

Tahun 2020 semakin hampir untuk melabuhkan tirai namun itu tidak menjadi penghalang buat pengeluar motosikal dunia berkejar-kejar dalam memperkenalkan model baharu. Senario itu selain daripada berpunca dari pelaksanaan Euro 5 di Eropah, tahun 2021 dijangka bakal berlakunya permintaan tinggi terhadap jentera dua roda susulan pandemik Covid-19 ketika ini seperti yang dilaporkan Frost & Sullivan. Malaysia…

Skuter ADV Pertama Dari KYMCO Dilancarkan, Perkenalkan DT X360!

Pengeluar motosikal Taiwan, KYMCO, julung kalinya memperkenalkan skuter adventure (ADV) menerusi DT X360. Bagaimanapun, khabar angin yang mendakwa skuter tersebut akan dikuasakan dengan enjin AK550 parallel-twin tidak benar dengan KYMCO menggunakan enjin satu silinder 320cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 29hp pada 7,250rpm dan 30 Nm pada 5,750rpm. KYMCO DT X360 ini juga didatagkan dengan…

SYM Maxsym TL 500 2020 Ada Di Pengedar Disember Ini

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia memaklumkan bahawa skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 2020 akan mendarat di pengedar seluruh negara bermula Disember ini. Dilancarkan pada Mei lalu, skuter dengan 465cc dua silinder ini menawarkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm. Ditawarkan pada harga RM35,888 antara ciri lain ditawarkan…

Honda Malaysia Panggil Semula 2,784 Unit Accord Dan CR-V Berusia 20 Tahun

Honda Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan panggilan semula 2,784 unit model Accord dan CR-V berusia 20 tahun bagi menggantikan beg udara Takata. Daripada jumlah tersebut, 1,380 unit membabitkan Accord model 1999 manakala baki 1,404 unit lagi adalah CR-V model tahun 2000. Honda Malaysia percaya panggilan semula ini adalah penting sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pemandu…

Ducati X Lamborghini Lahirkan Zuriat Diavel 1260 Edisi Terhad – Hanya 630 Unit!

Episod empat web series Ducati World Premier 2021 menyaksikan kilang Borgo Panigale itu memperkenalkan Diavel 1260 edisi Lamborghini. Ducati Diavel 1260 Lamborghini diinspirasikan daripada Lamborghini Sian FKP 37 dengan masing-masing menawarkan pilihan warna dan elemen gentian karbon sama termasuk rekaan rim. FKP 37 merupakan model hibrid sulung Lamborghini yang dinamakan sempena Ferdinand Karl Piech (bekas…

Rupa Jelas Honda CB1100X Didedahkan, Pencabar Yamaha Tracer 9?

Young Machine pernah melaporkan bahawa Honda bakal merealisasikan jentera konsep CB4X yang ditayangkan di EICMA tahun lalu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Honda dicanang bakal membawa unit enjin parallel-twin dari CRF1100L Africa Twin berbanding 4-inline. Kini, tular imej yang memaparkan rupa jelas CB1100X yang bakal diperkenalkan Honda. Imej tersebut sekali lagi didedahkan Young Machine, media sama…

Aprilia Tuono V4 Dan RSV4 1100 Factory Dan Kini Di Malaysia – Dari RM121,000!

Dua jentera ikonik dari Noale, Itali, Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2020 dan RSV4 1100 Factory 2020 kini di Malaysia. Tuono V4 1100 Factory 2020 ini tampil dengan bahagian gentian karbon termasuk ‘suspension’ elektronik separa-aktif (semi-active) yang dibangunkan Ohlins. Sementara Tuono V4 1100 Factory 2020 ini turut dilengkapi dengan suspension elektronik yang bukan sahaja meningkatkan…

Honda Rebel 1100 2021 Didedahkan – Dengan DCT, 87HP!

Khabar angin yang tular sebelum ini menjadi realiti apabila Honda mengesahkan Rebel 1100 akan sertai barisan model yang akan dipasarkan pada 2021. Pendedahan yang dibuat media Jepun, Young Machine, sebelum ini dengan berkongsi paten Rebel dengan enjin 1100cc ternyata benar. Rebel 1100 ini merupakan model serba baharu dari Honda yang bakal mengisi segmen crusier meskipun…