Jenama jam terkemuka, G-SHOCK dengan rasminya mengumumkan pelancaran jam tangan G-SHOCK DW-6900AL22 hasil kolaborasi dengan jenama ‘streetwear’ tempatan, Against Lab. Jam tangan eksklusif itu hanya akan dipasarkan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Menariknya, model ini diinspirasikan daripada ketahanan mental rakyat Malaysia yang bangun setiap hari untuk berdepan cabaran hidup terutamanya penunggang motosikal. Inspirasi itulah…
Author: Amirul Azreen
RNF Racing dan Aprilia Racing akan bergabung tenaga apabila pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu disahkan menjadi pasukan satelit Aprilia bermula musim 2023. RNF Racing dan Aprilia bersama-sama membuat pengumuman rasmi itu yang menyaksikan kedua-dua belah pihak akan berkerjasama selama dua musim dan boleh disambung untuk tempoh dua musim lagi. Ini merupakan kali pertama dalam…
Seorang pemandu warga Singapura telah didapati tidak membuat pembayaran selepas selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Indah, Johor Bahru. Menurut laporan, pemandu kereta jenis Kia Sorento itu telah mengisi minyak jenis diesel namun setelah selesai mengisi, pemandu tersebut telah cabut tanpa selesaikan bayaran. Stesen minyak tersebut kemudiannya meletakkan notis dan gambar (dari…
Kawasaki telah dikaitkan dengan penyertaan di MotoGP susulan Suzuki disahkan mahu meninggalkan perlumbaan kejuaraan dunia itu hujung musim ini. Senario itu juga dianggap ideal untuk Kawasaki apatah lagi dengan rata-rata berpendapat Jonathan Rea wajar diberikan peluang kembali ke kejuaraan dunia tersebut. Bagaimanapun, laporan terbaru mengesahkan Kawasaki tidak akan melompat ke MotoGP sebaliknya mengukuhkan pendirian untuk…
Aprilia telah pun menyambung kontrak Aleix Espargaro dan Maverick Vinales untuk tempoh dua tahun lagi. Perkara itu diumumkan sewaktu sidang media yang diadakan pada Khamis di Mugello yang menyaksikan Espargaro dan Vinales akan kekal bersama pasukan Aprilia MotoGP hingga 2024. “Pengesahan ini sememangnya dinantikan. “Kami telah bekerja keras dan membangun bersama. Daripada satu harapan bertukar…
Penunggang motosikal yang gemar melakukan ‘wheelie’ dan beberapa aksi membahayakan lain di jalan raya awam kini menjadi sasaran penguatkuasa Austria. Ini kerana kerajaan negara itu sedang membanteras aktiviti sedemikian dengan penunggang motosikal boleh dikenakan denda sehingga EUR10,000 (RM47 ribu). Austria telah meminda akta kenderaan bermotor bagi mengekang beberapa aktiviti antaranya ‘wheelie’ dan ‘stoppie’ termasuk melakukan…
Polis sedang mencari sekumpulan remaja yang tular membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal dengan kuat di Meru, Klang. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao yang dimaklumkan dengan klip di Facebook persatuan penduduk Meru, semalam. “Kita setakat ini belum menerima laporan berkaitan insiden berkenaan. Polis masih sedang mengenal pasti…
Mac lalu, muncul satu paten yang merujuk kepada enjin V-Twin 896cc DOHC yang sama terdapat pada Aprilia Shiver dan Dorsoduro. Bagaimanapun, paten tersebut didatangkan dengan lencana Gilera sekaligus menandakan kembali jenama ikonik itu untuk pasaran global. Laporan terbaru mengesahkan projek Gilera akan diteruskan rakan Piaggio di China, Zongshen yang ketika ini menghasilkan jenama motosikal Aprilia…
Tak dinafikan apa sahaja yang berkaitan dengan Yamaha RX-Z akan disusuli dengan tanda harga tak masuk akal. Kali ini, seorang penjual di media sosial menawarkan ‘main jet’ karburator Yamaha RX-Z pada harga RM3,500! Menurut perkongsian di Facebook, alat ganti tersebut dibelinya di ibu pejabat (HQ) Yamaha di Jepun. “Main jet ni kalau kat Jepun orang-orang…