MBP C1002V Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada 2024

Kuala Lumpur Bike Show 2023 telah pun melabuhkan tirai pada Ahad sekaligus menandakan kejayaan penganjur dalam melaksanakan acara pameran motosikal di Kuala Lumpur. 

Program yang julung kali diadakan itu menyaksikan penglibatan pelbagai jenama motosikal termasuk QJMotor, CFMOTO, WMoto, Benelli, Keeway, Moto Morini, SYM, Suzuki, Honda, Ducati dan Husqvarna.

MForce Bike Holdings antara merancakkan penganjuran sulung KLBS’23 apabila memperkenalkan beberapa model baharu antaranya, QJMotor SRK600RC, Brixton CrossFire 150 XS, SYM Tuscany 150 dan CFMOTO 800NK. 

Bagaimanapun, selain memperkenalkan model baharu, MForce turut memperkenalkan jenama baharu, kali ini MBP Moto. 

MBP atau Moto Bologna Passione merupakan sebuah lagi jenama motosikal berpangkalan di Itali yang baharu sahaja diperkenalkan untuk pasaran global dan merupakan antara anak syarikat Keeway Group. 

MForce dalam satu pengumuman memaklumkan MBP Moto akan turut dipasarkan di Malaysia bermula 2024. Antara model awal yang akan diperkenalkan tahun depan terdiri daripada SC125SE, SC300, M502N serta C1002V. 

Namun, tumpuan kami terarah kepada C1002V kerana meskipun MBP Moto masih lagi baharu, namun mereka sudah berkemampuan membangunkan jentera bersesaran 997cc dengan kongfigurasi V-Twin. 

Bukan itu sahaja, reka bentuk keseluruhan C1002V juga berbeza daripada motosikal cruiser yang ada masa kini. Ketika pengeluar lain gemar menggayakan motosikal cruiser dengan imej retro, MBP C1002V pula tampil dengan rekaan lebih moden dan futuristik. 

Selain itu, model ini juga tampil dengan ciri moden antaranya lampu LED penuh, panel meter TFT, sistem penyejukan cecair, klac slipper, MCU (Moto Connectivity Unit), Anti-Theft dan butang SOS. 

Untuk rekod, MBP C1002V ini menawarkan 87hp pada 7,200rpm dan 89Nm pada 5,250rpm. Nisbah mampatan juga tinggi pada 10.3:1 sekaligus menjaminkan prestasi enjin yang lebih tork. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “MBP C1002V Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada 2024”

Leave a Reply