Janji Pinjaman Motosikal Tanpa Faedah Jika Menang PRN – Pas Terengganu

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengumumkan 12 Ogos 2023 sebagai tarikh rasmi berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang. 

Susulan daripada pengumuman itu parti politik masing-masing mula mengorak langkah dalam percubaan memancing undi daripada orang ramai. 

Terbaru, Pas Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman motosikal tanpa faedah bagi individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000 sebulan. 

Perkara itu disampaikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Jelasnya, tawaran tersebut merupakan antara 10 janji manifesto pas sekiranya berjaya kekal mentadbir negeri itu pada PRN akan datang ini. 

“Tawaran ini antara janji kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah.

“Pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) lalu, Pas Terengganu telah menunaikan kesemua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan,” ujarnya. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply