Kereta Dari Malaysia Kantoi Sorok 2,710 Kotak Rokok

Imigresen Singapura berjaya menggagalkan percubaan menyeludup masuk 2,710 kotak rokok menerusi sebuah kereta dengan pendaftaran Malaysia.

Berdasarkan video TikTok yang dikongsikan Immigration Checkpoints Authority (ICA) Singapura, kereta jenis Hyundai itu didapati telah menyimpan hampir 3 ribu kotak rokok di sekitar panel badan kereta terbabit. 

@ica_singapore I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders ♬ original sound – ICA_Singapore

“Pada 12 Jun 2023, pegawai ICA telah memprofil sebuah kereta dengan pendaftaran Malaysia bagi semakan terperinci,” jelasnya. 

Berdasarkan perkongsian video di TikTok, pegawai ICA telah membuka bahagian tertentu kereta berkenaan menggunakan tukul dan sebagainya sebelum menjumpai berkotak-kotak rokok. 

Selain tersorok di bahagian bonet, pegawai ICA juga menjumpai kotak rokok seludup itu di bahagian panel pintu dan bawah tempat duduk. 

Menurut ICA sebanyak 222 karton, 2,710 kotak rokok telah dijumpai. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]