Suzuki Malaysia dengan rasminya melancarkan Suzuki V-Strom 1050 DE (Dual Explorer) 2023 di Malaysia Autoshow 2023, hari ini.
Menurut Suzuki Malaysia varian 1050 DE ini menggantikan 1050 XT yang akan dihentikan pengeluaran.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/05/suzuki-v-strom-1050-de-3-1024x683.jpg)
Suzuki V-Strom 1050 DE ini didatangkan dengan tayar berukuran 21-inci depan bagi meningkatkan tahap kesesuaian sewaktu tunggangan ‘off-road’. Bahagian ‘swingarm’ juga lebih panjang berbanding 1050 XT sekaligus meningkatkan jarak antara tayar (wheelbase).
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2022/09/2023-suzuki-vstrom-1050-de-5-1024x683.jpg)
Seterusnya, Suzuki V-Strom 1050 DE ini juga menawarkan jarak kelegaan tanah yang lebih baik, 190mm berbanding 165mm yang ditawarkan V-Strom 1050 XT dengan tayar 19” depan.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/05/suzuki-v-strom-1050-de-5-1024x683.jpg)
Jarak kelegaan suspensi Kayaba juga naik 10mm di bahagian depan dan belakang dan kini menawarkan jarak pergerakan 170mm.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2022/09/2023-suzuki-vstrom-1050-de-1-1024x683.jpg)
Menariknya, Suzuki turut menaik taraf pakej elektronik sekaligus menyaksikan V-Strom 1050 DE menawarkan mod ‘Gravel’ yang dipadankan bersama sistem IMU terbaru.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/05/suzuki-v-strom-1050-de-2-1024x683.jpg)
Tak lupa juga sistem ABS pada varian 1050 DE ini juga boleh dipadam sepenuhnya dan merupakan tetapan terbaru dari Bosch.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2023/05/suzuki-v-strom-1050-de-8-1024x683.jpg)
Bukan itu sahaja, Suzuki V-Strom 1050 DE ini juga didatangkan dengan skrin TFT 5” menggantikan parapan digital LCD yang terdapat pada 1050 XT.