CFMoto Papio XO-1 Bakal Masuk Malaysia?

Pada penghujung bulan Mac lalu, CFMoto telah memperkenalkan motosikal segmen ‘mini-moto’ menerusi Papio XO-1 di China. 

Pelancaran model itu menarik perhatian bukan sahaja pembaca kami malah turut mendapat reaksi positif di pasaran Eropah dan Amerika Utara. 

Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa terdapat perancangan untuk membawa masuk Papio XO-1 di Malaysia. Perkara itu disampaikan satu satu pengedar tempatan menerusi perkongsian di Facebook. 

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak CFMoto Malaysia sendiri namun difahamkan motosikal tersebut – sekiranya dijual disini – akan dijual pada harga sekitar RM7,XXX hingga RM9,XXX. 

Menurut CFMoto, model ini dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api yang berupaya menghasilkan 9.5hp pada 8,500rpm dan 8.3Nm pada 6,500rpm. 

Meskipun bukanlah motosikal yang berkuasa namun rupa bentuk Papio XO-1 merupakan ciri utama yang harus diberikan perhatian.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply