CFMoto 450SR Dirasmikan Untuk Pasaran Malaysia – 50HP, RM28,888

Pengedar rasmi jenama CFMoto di Malaysia, MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan CFMoto 450SR untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM28,888. 

Menariknya, harga tersebut adalah lebih rendah berbanding harga pengenalan yang diumumkan pengedar terdahulu tahun lalu. 

Untuk rekod, CFMOTO 450SR dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 yang didedahkan sebelum ini.

CFMoto 450SR merupakan jentera sportsbike bernadikan enjin parallel-twin 449cc dengan ‘270-degree crank’ yang berkeupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm. Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Selain daripada enjin berkuasa, CFMoto 450SR juga datang dengan rekaan yang sporty dan agresif termasuk menawarkan ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO juga mendakwa 450SR ini mampu merekodkan kelajuan maksima 190km/j dan menawarkan perbatuan efisien dengan adanya tangki 14L.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • skrin TFT
  • lampu LED penuh dengan DRL
  • ABS Bosch
  • slipper clutch FSS
  • soket pengecas
  • brek Brembo M40 (depan)

Menurut CFMOTO Malaysia, 450SR ini akan hadir dengan dua pilihan warna. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply