WorldSSP: Petronas Penaja Utama MIE MS Racing Honda Team

Advertisements

Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) dengan rasminya mengumumkan barisan pelumba bagi saingan WorldSBK dan WorldSSP musim 2023.

Kedua-dua kejuaraan dunia itu kembali mencuri tumpuan peminat sukan permotoran tempatan ekoran terdapat penglibatan dua pelumba negara, Hafizh Syahrin (WorldSBK) dan Adam Norrodin (WorldSSP).

Untuk rekod, meskipun beraksi di kelas berbeza namun Hafizh dan Adam masing-masing mewakili pasukan MIE Racing Honda Team.

Namun, begitu perkembangan menarik berlaku di kem Adam Narrodin apabila Petronas disahkan sebagai penaja utama pasukan MIE-MS Racing Honda Team. 

Meskipun begitu, senarai tersebut tidak pula menyebut Petronas sebagai penaja utama MIE Racing Honda Team di kelas WorldSBK diwakili Hafizh Syahrin. 

MIE Racing dan Petronas pernah jalin kerjasama di MotoGP sebelum ini sebagai pasukan wildcard di Moto2 dan dari situ ramai yang mengjangkakan kerjasama berterusan akan berlaku. 

Namun, persoalan yang dibangkitkan kami ketika ini adalah kebarangkalian Petronas akan turut menaja pasukan Hafizh kelak? Jika itu berlaku, pastinya perkembangan pelumba negara terutamanya Hafizh cukup menarik untuk dipantu di WorldSBK musim ini. 

Adam akan beraksi dengan jentera Honda CBR600RR manakala Hafizh akan terajui Honda CBR1000RR-R Fireblade. 

Advertisements