Tiada Perancangan Sertai MotoGP – Triumph Motorcycles

Pengeluar motosikal UK, Triumph Motorcycles merupakan antara nama besar yang masih belum mempunyai pasukan di MotoGP.

Meskipun terlibat sebagai pembekal enjin di Moto2 di samping turut beraksi di SuperSport World Championship dan bakal sertai perlumbaan motocross dan enduro pada 2024, misi bersaing di Kejuaraan Dunia MotoGP masih tiada dalam perancangan. 

Perkara itu disampaikan Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent, dalam temu bual terbaru bersama Crash.net.

Jelasnya, MotoGP merupakan dunia yang cukup berbeza berbanding kejuaraan dunia lain.

“MotoGP merupakan permainan yang berbeza terutamanya dari segi kewangan. 

“Tetapi ia bukan sahaja melibatkan faktor kewangan sahaja untuk berlumba malah perbelanjaan R&D dan usaha yang harus disertakan.

“Jadi fokus kami ketika ini adalah Moto2, SuperSport dan seterusnya motocross dan enduro,” jelasnya. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]