BSH Rasmikan Honda Vario 160 2022 – Dari RM9,998

Selepas lebih sembilan bulan diperkenalkan di Indonesia, akhirnya Honda Vario 160 generasi baharu masuk pasaran Malaysia menerusi Boon Siew Honda.

Bagi tahun 2022, Vario telah dikemas kini dengan rekaan baharu serta enjin bersesaran 160cc berbanding 150cc sebelum ini.

Menariknya, Vario 160 juga dilengkapi beberapa ciri baharu antaranya daytime running light (DRL), ciri sama yang sebelum ini terdapat pada ADV 150. Kehadirann lampu DRL juga menyaksikan Honda melaksanakan kemas kini di bahagian depan yang tampak lebih agresif dan sporty.

Malah, keseluruhan rupa Vario 160 ini juga tampak lebih lebar berbanding generasi 150.

Bagaimanapun, naik taraf terbesar adalah bahagian enjin, dengan Vario 160 2022 ini didatangkan enjin 160cc yang menjana 15.2hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm berbanding 13hp dan 12.9Nm sebelum ini.

Selain itu, Honda Vario 160 juga didatangkan dengan fungsi ABS menggantikan ciri Combine Braking System (CBS) yang ditawarkan pada model Vario 150 sebelum ini. 

Menurut Boon Siew Honda, Honda Vario 160 ini datang dengan empat warna pilihan; Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, Sword Silver Metallic yang dijual pada harga RM9,998 manakala warna premium, Mat Charcoal Grey Metallic pula ditawarkan pada RM10,298

GALERI: HONDA VARIO 160 2022

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “BSH Rasmikan Honda Vario 160 2022 – Dari RM9,998”

Leave a Reply