EICMA 2022: Motosikal Elektrik Dan Hibrid Kawasaki Mula Dijual 2023

Kawasaki antara yang turut mencuri tumpuan sewaktu hari pertama pameran motosikal EICMA di Milan. 

Ini kerana pengeluar motosikal Jepun menerusi Presiden Kawasaki Motors Corporation, Hiroshi Ito,  mendedahkan perancangannya bagi motosikal elektrik dan hibrid untuk pasaran global. 

*Kawasaki Ninja EV

Antara model yang diipamerkan adalah motosikal elektrik yang tampil dengan rekaan hampir sama dengan varian Ninja dan varian Z. 

Kedua-dua model ini juga merupakan prototaip sama yang membuat penampilan mengejut sewaktu Suzuki 8 Hours beberapa bulan lalu. 

*Kawasaki Z EV

Menurut Kawasaki, kedua-dua model elektrik itu akan mula dipasarkan bermula 2023. 

Selain itu, Hiroshi Ito turut mendedahkan Kawasaki HEV yang merupakan sebuah motosikal hibrid. 

Menariknya, Kawasaki HEV itu dikuasakan motor elektrik dan enjin petrol yang boleh beroperasi secara serentak atau berasingan mengiku tetapan pengguna. 

*Kawasaki HEV

Berbeza dengan model elektrik Ninja dan Z yang akan dipasarkan tahun depan, Kawasaki HEV pula hanya akan sertai pasaran global bermula 2024. 

Antara model lain yang turut dipamerkan di ruang pameran Kawasaki termasuk sebuah motosikal berkuasakan enjin hidrogen yang dibina berasaskan Ninja H2. 

*Kawasaki Hydrogen

Jelas Kawasaki, motosikal tersebut masih lagi dalam peringkat pembangunan dan tiada tarikh pelancaran ditetapkan buat masa ini. 

Meskipun Team Green tampak agresif dalam pembangunan elektrik dan hibrid dalam usaha mencapai karbon neutral namun Ito menegaskan pihaknya masih lagi komited dalam pembangunan model berkuasa petrol. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]