EICMA 2022: Suzuki V-Strom 800 DE – Enjin Parallel-Twin Baharu, Quickshifter

Advertisements

Suzuki merupakan antara pengeluar yang membuat kejutan di EICMA menerusi pengenalan Suzuki V-Strom 800 DE. 

Buat julung kalinya, V-Strom tidak lagi dihidupkan enjin V-Twin sebaliknya dikuasakan platform parallel-twin 776cc serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu, Jepun. 

Enjin

Enjin tersebut juga telah disaluti dengan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang membantu mengurangkan tahap geseran dan haba sekaligus memastikan ketahanan enjin yang lebih baik dan beroperasi lebih lancar. 

Meskipun konfigurasi bukan lagi V-Twin namun enjin tersebut menawarkan ‘270-degree crank’ sekaligus menjaminkan perwatakan enjin yang hampir sama. 

Kemudian, bagi memastikan enjin beroperasi pada tahap optimum, sistem penyejukan dikendalikan oleh dua cara. 

Pertamanya, bahagian radiator dilengkapi dengan System Inlet Control Thermostat Valve yang berfungsi dengan mengekalkan suhu enjin secara konsisten. Kedua, suhu enjin kekal rendah dengan bantuan sistem penyejukan cecair yang kompak. 

Operasi transmisi manual 6-kelajuan pula menawarkan pertukaran gear yang lancar dibantu dengan sistem ‘quickshifter’ yang sama terdapat pada GSX-8S. 

Pada masa sama, Suzuki Clutch Assist System pula memastikan pertukaran gear kekal efisien meskipun penunggang menurunkan gear secara agresif. 

Walaupun enjin parallel-twin terkenal dengan gegaran yang ketara namun masalah tersebut berjaya diatasi menerusi Suzuki Cross Balancer yang pertama kalinya diwujudkan pada sebuah motosikal ‘production’. 

Menurut Suzuki, terdapat dua pengimbang telah diletakkan pada kedudukan 90-darjah di bahagian ‘crankshaft’ dan bertujuan memastikan enjin kekal ringan sewaktu menunggang. 

Chasis

Untuk rekod, enjin parallel-twin tersebut turut dibangunkan sebagai tekanan utama (stress member) bahagian chasis. 

Menurut Suzuki, gabungan kerangka dengan enjin mewujudkan geometri yang baik terutamanya bagi tunggangan ‘off-road’. 

Ditambah dengan jarak kelegaan tanah yang berada pada 220mm, V-Strom 800 DE ini sememangnya berupaya menangani permukaan yang lasak. 

Selain itu, Suzuki V-Strom 800 DE ini turut dilengkapi dengan tayar (spoke) 21-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama tayar Dunlop Trailmax Mixtour secara standard.

Selain itu, aspek memberk pula dikendalikan kaliper brek Nissin dua-piston depan dan kaliper Nissin satu-piston belakang yang mengapit cakera brek 310mm (depan) dan 260mm (belakang). 

Elektronik

Menariknya, Suzuki V-Strom 800 DE ini datang dengan pakej elektronik yang serba lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS). 

SIRS merangkumi ride-by-wire, empat mod menunggang termasuk mod Gravel, quickshisfter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist. 

Segala informasi dan akses kepada tetapan elektronik pula boleh dilakukan menerusi panel meter TFT berwarna serba baharu. 

Pencahayaan pula hadir menerusi lampu LED penuh (depan dan belakang). 

Reka bentuk 

Tidak dinafikan, rekaan keseluruhan V-Strom 800 DE ini diilhamkan daripada ‘abang besar’ V-Strom 1050 namun bentuk lampu depan yang lebih moden dan unik yang diinspirasikan daripada GSX-S1000 tampak serasi. 

Bahagian ‘mudguard’ depan pula diletakkan lebih tinggi berbanding V-Stom 650 dan menonjolkan lagi elemen ‘adventure’. 

GALERI: SUZUKI V-STROM 800 DE 2023

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.