RASMI: Yamaha Tracer 9 GT+ 2023 – Dengan Skrin TFT 7”, Adaptive Cruise Control

Yamaha dengan rasminya memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT+ bagi tahun 2023 yang dinaik taraf dengan pelbagai ciri elektronik baharu.

Menurut Yamaha, Tracer 9 GT+ ini merupakan motosikal paling berteknologi tinggi yang pernah dihasilkan syarikat itu setakat ini.

Apa yang baharu?

Ciri utama yang membezakan Tracer 9 GT+ dengan model Tracer 9 GT sedia ada adalah kehadiran sistem Adaptive Cruise Control (ACC) yang pertama kalinya diperkenalkan pada jentera Yamaha. 

Sistem ACC tersebut berfungsi dengan mengawal ‘engine braking’ dan Unified Braking System (UBS) – pertama kali ditawarkan pada motosikal – bagi menjaga jarak antara motosikal dan kenderaan di hadapan. 

Menariknya, suspensi elektronik KYB juga akan dikawal selia oleh sistem ACC sewaktu diaktifkan dan akan menyelaraskan fork depan mengikut kesesuaian bagi memastikan tahap keselesaan penunggang dan pillion berada di tahap optimum. 

Tidak cukup dengan itu, sistem ACC tersebut juga mempunyai ‘cornering assist’ bagi mengelakkan daripada berlakunya pecutan sewaktu ‘mid-corner’ serta ‘passing assist’ yang membantu pecutan ketika hendak memintas kenderaan lain. 

Pada masa sama, Tracer 9 GT+ 2023 ini juga merupakan model Yamaha pertama yang dilengkapi dengan sistem ‘quickshifter’ generasi ketiga. Quickshifter itu juga boleh diguna pakai sewaktu sistem ACC masih aktif. 

Apa sebenarnya Unified Braking System (UBS)?

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada Tracer 9 GT+ adalah sistem UBS.

Sistem ini hanya akan diaktifkan ketika Brake Control (BC) juga dihidupkan. Sistem UBS ini menawarkan ciri berikut:

  • Brake Assist – diaktifkan sekiranya sistem mengesan bakal berlaku perlanggaran. 
  • Bantuan brek depan/belakang – sistem menyelaraskan tekanan brek depan dan belakang bagi memastikan jentera kekal stabil. 
  • Cornering Brake Control – mengawal tekanan brek depan dan belakang secara serentak sewaktu di selekoh bagi mengelakkan daripada tayar tergelincir. 

Selain daripada itu, Tracer 9 GT+ juga dilengkapi dengan panel meter TFT 7-inci – seperti yang terdapat pada Yamaha TMAX 2022 – yang dilengkapi sistem navigasi Garmin dan boleh dihubungkan kepada telefon pintar.

Untuk rekod, Yamaha Tracer 9 GT+ masih dikuasai enjin 890cc CP3 4-stroke, DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

GALERI: YAMAHA TRACER 9 GT+ 2023

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]