CFMOTO Bakal Dedah 13 Model Baharu Di EICMA

Advertisements

Pengeluar motosikal dari China, CFMOTO bakal merancakkan pameran motosikal EICMA dengan mendedahkan 13 model baharu.

Model tersebut babitkan dua model NK, dua model MT, empat model CL-X, tiga model SR dan sebuah jentera konsep, NK-C22 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, CFMOTO juga akan turut memperkenalkan sebuah motosikal elektrik yang membawa lencana ZEEHO, sebuah syarikat baharu milik CFMOTO. 

Menurut laporan ZEEHO akan memperkenalkan AE6+, AE6 S+, AE8 S+ dan model konsep MAGNET di EICMA. 

Info bagi kesemua model ini hanya akan didedahkan sebaik EICMA membuka tirai pada 8 November ini (esok) di Milan. 

Bukan itu sahaja, CFMOTO akan turut membawa pelumba dan pasukan CFMOTO PruestelGP bagi memeriahkan lagi acara kali ini. 

Advertisements