EICMA 2022: Italjet Dragster 500GP Didedahkan – Enjin 450cc, 43HP

Advertisements

Pengeluar skuter premium Itali, Italjet, mengorak langkah pertama di EICMA 2022 dengan mendedahkan Dragster 500GP. 

Dragster 500GP ini merupakan antara model yang dipamerkan di Milan yang berlangsung hari ini hingga 13 November 2022. 

Paling mencuri tumpuan,model prototaip ini dikuasakan enjin silinder tunggal 450cc 4-valve yang berupaya menghasilkan 43hp. 

Menariknya, ini tersebut merupakan platform sama yang terdapat pada Fantic Caballero namun telah ditala semula pihak Italjet.

Dragster 500GP ini pastinya menetapkan petanda aras baharu bagi skuter premium lantas tidak hairanlah Italjet sendiri melabelkan skuter tersebut sebagai ‘hyper scooter’. 

Meskipun bercirikan ‘skuter’ namun Dragster 500GP ini mengguna pakai transmisi manual 6-kelajuan seperti sebuah motosikal konvensional. 

Peminat Dragster pastinya sedar bahawa Dragster 500GP ini tidak lagi menampilkan Independent Steering System (ISS) sebaliknya digantikan dengan fork upside/down 47mm. 

Selain itu, Italjet Dragster 500GP ini juga didatangkan dengan kelengkapan premium seperti kaliper brek Brembo Stylema. 

Bagaimanapun, model ini tidak akan dipasarkan dalam masa terdekat sebaliknya Italjet mendakwa skuter tersebut hanya akan ada dalam perancangan bagi tahun 2024. 

Selain itu, Italjet turut mendedahkan skuter elektrik Dragster E01 di EICMA. 

Advertisements