MotoGP: ‘Thriller’ Miller Menang Di Motegi, Bagnaia Kemalangan Di Lap Terakhir

Advertisements

Meskipun ini adalah musim terakhir Jack Miller bersama Ducati, namun itu tidak menghalang pelumba Australia itu untuk mempamerkan aksi penuh dominasi untuk menang GP Jepun.

‘Thriller’ Miller berjaya melintasi garis penamat dengan kelebihan 4 saat dihadapan Brad Binder dan Jorge Martin. 

Martin berpeluang cerah untuk menamatkan perlumbaan di belakang Miller namun masalah cengkaman tayar mula memberi ruang pada Binder untuk merampas kedudukan kedua di akhir perlumbaan.

Meskipun bermula di petak ketujuh namun permulaan baik ketika pelumba dilepaskan menyaksikan Miller terus berada didepan.

Namun, ketika Miller menghadirkan keputusan cemerlang bagi kem Ducati, rakan sepasukan dan pencabar kejuaraan, Francesco Bagnaia gagal mengutip sebarang mata.

Bagnaia melakukan kesilapan ketika cuba memintas Fabio Quartararo lalu menyebabkan jenteranya hilang kawalan dan terbabas. 

Bagnaia juga kelihatan menepuk tangan sebaik kemalangan ekoran marah dengan kesilapannya sendiri. 

Senario itu ternyata mengecewakan buat Bagnaia yang kini dipisahkan 18 mata di belakang Quartararo. 

Kejadian itu pula menyaksikan Quartararo terus kekal pendahulu dengan 219 mata.

Sementara itu, enam kali juara dunia, Marc Marquez, melupakan insiden minggu lalu di GP Aragon dengan menempah tempat ke-4.

Walaupun berada di tempat kelima di sepanjang perlumbaan namun pelumba Repsol Honda itu berjaya merapatkan jurang dengan Miguel Oliveira di penghujung perlumbaan.

Memasuki tiga lap terakhir, Marquez mula memintas Oliveira dan terus mengekalkan kedudukan sehingga garis penamat.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.